..:: clickz's ::..

Saturday, February 28, 2009

muncung SAPE lebih tajam?

ANAK sape ni??
muncung saper lebih tajam???

Thursday, February 26, 2009

GengSeluarKetat - Episode3 "kAMi"

Kami adalah Generasi 1 - GengSeluarKetat,
selepas beberapa bulan kami mengenali hati budi masing-masing, .. Disini aiman dengan cara eXclusiVE dan mewakili Penaung GengSeluarKetat mengisytiharkan
ahli-ahli GengSeluarKetat..

bahawasanya Generasi Pertama GengSeluarKetat di huni
oleh 7 Putera & 7 Puteri yang didapati begitu SETIA dan "serius" dalam perSAHABATAN ini ...

kriteria-kriteria mereka terpilih adalah berdasarkan..

1. Suara Lemak Merdu disukai ramai .... hehehehee,
2. Rupa paras yang Comel .. hahhahaha ....
3. Tubuh badan yang Montok.. lallalallalal...
aiman .. KO GILE?????
opssss SORY!!!

TAK LAHHHH!!!

BUKAN itu yang kami cari.. mereka yang terpilih untuk
mengemudi GENERASi PERTAMA ini adalah berdasarkan..

1. "Kekerapan" INDIVIDU itu berhubung antara satu sama lain
2. "MengHormati"
3. TiDAK Bermulut Celupar didalam CF "Waras"
4. TiDAK "Mementingkan Diri" sendiri apabila didalam CF
5. TiDAK Malu "MESRA"
6. Harus "Jujur" dalam persahabatan,
7. "Caring" .. hehehehhehe
8. Tidak "Memburuk-burukan" satu dengan yang lain
9. .... dan yang sewaktu dengannya ..
klu nk cite kriteria-kriteria mmg la byk nanti tak cukup plk blog nie.. hahhaha...

.....dengan BANGGA nya disini dan atas permintaan ramai aiman dengan rasa rendah diri memperkenalkan ...
GengSeluarKetat - 1st GENARATiON



Smuanya tlh terJAwaB, Inilah kAMi???

nak mengenali kami dengan lebih dekat.. nak mengetahui cerita-cerita kami selanjutnya tunggu EPISODE 4 ..

lebihPanas lebihKonterversi lebihGosip

stay tunedepisode4

P/S: aiman minta maaf pada semua kawan-kawan yang mengikuti blog aiman ni, kelewatan mengUPdate blog disebabkan aiman Demam laaaa .. uhuhuhuhuh :( .. ini aiman gagahkan jua update blog untuk anda smua... TQ

Tuesday, February 24, 2009

Kunjungan Istimewa


ermmm gembiranya rasa hati ku ini.. apabila sahabat lama datang menjenguk aku di GreenZone .. Hapy sgt2 spai tak terkata.. kunjungan kwn2 lama ku dari zaman persekolah aku , mmg sangat2 aku nantikan tak kira lah dari zamanTadika ke?SekRendah? SekMen ke? @pun dari zaman aku kolej di KLiUC dulu mmg aku tgu2 ... Manis adalah sahabat Persekolahan aku yang pertama menjejak kaki ke GreenZone.. aiman tak tahu bagaimana aiman nk gambarkan gembiranya aiman.. mmg agak lama aiman tak berjumpe dgn manis.. Orangnya tetap sama mcm dulu, nice cute n sopan santun.. heheh!! Kunjungan yang aku anggap amat istimewa ini, amat aku hargai sgt2.. dalam 2 jam bersama manis Banyak yang kami cerita, yang kami kongsi, ada sahaja yang kami umpat kan hahahhaha byk juga la dosa kami mlm tue.. hehehhe.... , klu nk ikutkan mmg x cukup.. ini kerana manis harus blik awal.. Apa2pun TerimaKasih Manis .. Kalau sudi dan ada masa singgah la lagi yerr...

p/s: kunjungan ini bertarikh 18 febuary 2009, maaf manis sb kerna lambat masuk kan citer manis dalam blog aiman nie.. hehehe.. jgn marah k.. biase la aiman nie bz sikit... pas2 aiman skang Demam plk tak sedap badan laaa mkin disbbkan cuaca kot... Manis aiman ade hutang kan dgn manis.. so tgguu k date die k coz sb aiman nyer jadual full la ehehheh... pada sesiapa yg baca entri ini.. klu nk tahu apa yg aiman berhutang dgn manis.. so tgu entri akan datang.. insyaALLAH.. amin.. moga2 kite jper lagi.. heheheheh

GengSeluarKetat - Episode3 "kAMi" -intro-


KAMI .. !!

nantikan Episode 3 - "KAMi"

lebih Panas Lebih Konterversi Lebih Gosip

Monday, February 23, 2009

GengSeluarKetat - Episode2 "1stGENARATiON"

.. hari berganti hari,
Malam berlalu... Siang berganti,
semalam ke hari ini,
ikatan yang terjalin semakin erat ..


1st Genaration..

1 sejarah telah tercipta, YM telah menemukan kami semua.. "Sekepala" membuatkan kami cepat sangat mesra antara satu sama lain. dari latar belakang yang berbeza, telah menjadikan setiap dari kami mempunyai karaktor masing-masing.


Perwatakan yang berlainan, menyerikan setiap malam kami.. ada yang gemar menyanyi, ada yang suka berteka teki, ada yang suka ketawa, ada yang kuat merajuk, ada yang suka kata "WAHH!!" ada yang suka menyampuk, ada sahaja .... ermm mmg kami saling memahami antara kami...


Tercetusnya, nama GengSeluarKetat apabila Opah ingin membuka BLOG berdasarkan kami semua. Opah meminta pendapat kami untuk memberi nama kepada BLOG tersebut, macam-macam nama telah dicadangkan. Bila aiman kenang waktu itu memang kelakar... sampai kami bergaduh seketika hanya untuk memberi nama kepada BLOG itu... ada yang beri "GENG PINK", "GENGSELUARPINK", "GENGKETAT", dan banyak lagi...


Akhirnya, diatas persetujuan ramai yang ada pada ketika itu, nama "GENG SELUAR KETAT" itulah kami. Sejak nama itu termatri didalam ingatan kami, hubungan kami....

...semakin hari semakin rapat
semakin sayang semakin rindu...


Kami adalah Generasi 1 - GengSeluarKetat, selepas beberapa bulan kami berchatting .. disini aiman dapati hanya 7 Lelaki & 7 Perempuan yang didapati SETIA dalam perhubungan ini. Mereka dipilih berdasarkan.. kekerapan INDIVIDU berhubung antara satu sama lain, memberi kerjasama antara sama lain, tidak Bermulut Celupar didalam CF "Waras", tidak mementingkan diri sendiri apabila didalam CF, tidak Malu, Jujur dalam persahabatan, Caring, dan yang sewaktu dengannya...

Mereka adalah.... hehehehehe.... tungguuu!!!!!

nak mengenali "SiAPA kami??
nantikan Episode 3..
Lebih Panas Lebih Konterversi Lebih Gosip


Stay Tuned..
episode 3

Sunday, February 22, 2009

Hatijah Binti Untung

22.2.2005
4 tahun sudah berlalu...
Hatijah Binti Untung

Opah (sebelah Ibu) telah meninggalkan
Aiman dan Keluarga..
Pagi yang dingin ini, Ibu Abah,
Maksaudara (kakak no4 kepada
Ibu aiman) dan suami,
Along, Linda, serta Aiman
bersiap untuk pergi ke Kubur Opah
Tujuan kami kesana
adalah untuk memperbaiki
dan membersihkan Kubur Opah,
dan memperbaiki Kubur Opah...
Dengan sumbangan Mak Chor
(kakak no3 kepada Ibu aiman)
Kubur Opah telah dihias
dengan cantik sekali ..
Makchor telah menghadiahkan Opah
dengan menghiasi Kubur Opah dengan Batu
Mamar Putih dikeliling Kubur.
Itulah sayangnya anak
kepada Mak nya..
terharu aiman dibuatnya..


Selepas hampir 3jam
semuanya sudah selesai..


pic atas - Along (kakak Aiman)
Saat membaca Al-Fatihah,
Airmata aiman tidak dapat dibendung lagi..
mengalir dengan rasa sedih..
memikirkan entah bila lagi aiman dapat ziarah opah..
ini kerana, masa aiman amat terbatas,
dengan di isi dengan kerja-kerja duniawi..
Dengan rasa berat hati
kami semua berangkat pulang,
meninggalkan Opah sendirian...
Dengan kehadiran kami, Opah Gembira diSana
diharapkan Opah mendoakan Kejayaan Aiman...
Aiman Rindukan Opah..

p/s: Minta Maaf pada Dirra & Bucuk sebab Janji nak keluar hari ini tapi tak jadi nak keluar sebab ini lah.. tiada alasan lain. kebetulan handphone aimann tertinggal di CC, minta Maaf sekali lagi.. Aiman harap Dirra & Bucuk memahami ... senyum...!!

Friday, February 20, 2009

Nenek Aus - Kembali PadaNya 2

Setibanya Aiman bersama Patam Dirra disusuli Kafin suasana hiba dapat dirasai diruang luar rumah Nenek Aus .. Kami tiba diwaktu Nenek Aus, hendak dimandikan buat kali terakhir..

Aus, menghampiri kami.. dengan wajah yang sayu dan letih mmg sudah cukup mengambarkan perasaannya ketika ini.. Patam, telah memberi kata2 semangat kepada Aus, ini membuatkan Aiman Dirra Kafin diam seketika.. keadaan sangat tenang dan redup.. membuat kan kami bergurau "manje" bersama Aus, walaupun kami tahu pikiran nya bukan ada bersama kami.. Aus mula mengukir kan senyuman dan ketawa.. Sabar yer Aus...

.. Aiman Mohom Maaf kerana tak banyak gambar yang diambil.. Ini kerana, ingin menghormati Adek Aus dan keluarganya serta sanak saudaranya yang hadir... (ada beberapa gambar tuk tatapan semua)
moga Aus tenang menghadapinya..

Arwah Nenek Aus telah selamat disemadikan selepas solat Jumaat tadi .....

Takziah Untuk Keluarga Aus...

Thursday, February 19, 2009

Nenek Aus - Kembali KepadaNya



Berita yang amat menyedihkan adalah apabila kita dengar insan yang kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya.. Malam Jumaat yang dingin ini, Adek Aus kita telah kehilangan Nenek tercinta nya.. sepanjang aiman mengenali Aus dia mmg sayang kat nenek nya.. Aus ada beritahu aiman dalam banyak2 cucu Aus adalah cucu paling rapat dengan Nenek... mmg Aus sejak akhir2 nie selalu cerita pada aiman tentang hubungan dia dengan Nenek dia.. ada sekali tu Nenek Aus menelefon Aus berpesan pada Aus supaya jaga keluarga Aus sebab Aus anak yang sulung, dari apa yang aiman dengar Nenek Aus sayang kat Aus ..

kepada sesiapa yang membaca Entri ini dengan rasa ketulusan dihati sedekah kan Al-Fatihah kepada Nenek Aus.. dengan harapan Nenek Aus ditempatkan dengan insan-insan yang beriman.. dan dicucuri rahmat dariNya .. Al-Fatihah ...amin


p/s: Aimi (kawan baik Aus) .. ade cite pada aiman.. yang Nenek Aus berhajat nak berikan kereta pada Aus.. tapi Aus menolak kerana tidak mahu menyusah kan Nenek nya.. Ini munkin akan menjadi KenanganAbadi pada Aus nanti yang leh menitiskan airmata jantannya.. Salam Takziah dari aiman mewakili family GengSeluarKetat, family aiman sendiri, dan sesiapa yang membaca Entri ini..
(nantikan pic Aus dan Neneknya.. InsyaAllah akan aiman dapatkan untuk tatapan anda semua..)

GengSeluarKetat - Episode1 "KuasaNya 2"

continues........


.... dan juga dalam perlukan bantal busuk..

sedangkan kami, bertemu didalam "AlamCyber"..
berBorak, berGelakKetawa, berGurauSenda,
ini semua yang menjadi rutin kami setiap malam hari ..
ada sahaja yang diBualkan diBincangkan,

ada sahaja Lawak yang dicetuskan ..
kadang-kadang tu sampai pecah perut dibuatnnya..
ada pula yang menyakat antara satu sama lain..
ini menambahkan riuh rendah kami di dalam YM..
saat paling yang ditungu-tungukan oleh kami semua pada setiap malam..
apabila tibanya sesi berKaraoke didalam YM..

memang happening, sampai ada yang
berebut-rebut nak menyanyi ..
kadang-kala tu ...
bila aku teringat aku gelak sendiri..

masing-masing nk menonjolkan VocalPower
masing-masing ada yang
ala-ala Dato SitiNurhaliza, FaizalTahir, AnuarZain,
ZianaZain, JamalAbdilah tak kurangnya
ada juga yang tiru gaya UjiRashid, RajaEma
dan Dato M.Daud Kilau bak kata orang
"macam-macam ada"... ehehehhehe
mmg menghiburkan..

.. hari berganti hari,
Malam berlalu... Siang berganti,
semalam ke hari ini,
ikatan yang terjalin semakin erat..
Nantikan.. Sambungannya
lebih Panas ! lebih Konterversi !! lebih Gosip !!!
Stay Tuned ...
Episode 2

Wednesday, February 18, 2009

GengSeluarKetat - Episode 1 "KuasaNya"

Yahoo Massengger
adalah penyebab dan punca utama
Evolusi .. Fenomena
GengSeluarKetat ..



kisah nya bermula ...

dengan hanya berdepankan "Skrin" ,
menekan "Papan Kekunci",
mengerakkan "Tetikus",
bersuara melalui "Microphone" ,
dan mendengar menggunakan "Earphone"
.. dengan tidak diduga dan disangka..
"Hanya Dia dengan KuasaNya" yang menemukan
aku dia dan mereka..

.. Dari hubungan sebagai kawan biasa .. "Aku !! Kau !!" ..
kini telah bertukar menjadi teman rapat .. "Saya.. Kamu.."

"Siang tidak Sabar Menunggu Tibanya Malam..
dan Malam Bencinya Jelmanya Siang..."
.. ini adalah kerna tatkala org lain sedang lena dlm mimpi .......

to be continue....


adakah mereka GengSeluarKetat?







Tuesday, February 17, 2009

Sape ? .. Who?? adakah Anda?

Who Want 2 Be ???
Geng.Seluar.Ketat !!

TQ adekYan

ermmmmasih lg terkenang citer smlm.. coz smlm aiman dpt kenal lg sorg adek baru kat YM .. bdknyer baik.. "ank sape la tu?" hehehehe... aiman lbih selesa pgil die adek jer.. dlm sesi suai kenal tue die tlh mcurah kan ilmu cam ner nk bt blog nie.. tharu gak.. coz ader lg org yg sifat x kedekut ilmu cam adek yan nie.. die ajar aiman mcm ner nk ltk lagu, pas2 colum chat.. so tanpa segan nyer aiman byk btyer dkat die smlm die pun melayan aiman dn mjwb dgn baik dan jelas bt aiman fham mcm ner nk bt TQ sgt2.. nti aiman tyer jgn duk lari plk.. heheheheheh kot2 serik ker... hehhehe... k ape2pun nk ucpkan skali lg TERIMA KASIH BYK2 K.. nti kite chat lg k...

Monday, February 16, 2009

AirMata Siti


15 Febuari 2009, tarikh yang akan dikenang oleh siti sekeluarga. Sedih Pilu menyelebungi keluarga siti dikala ini apabila bapa kesayangannya telah meninggalkan beliau dan keluarga buat selama-lamanya. Airmata Siti gugur berderai saat bapanya dalam keadaan lemah dan tenat, beliau tidak dapat menahan Emosi, Perasaan yang amat pilu untuk diterima. Sebelum nafaz terakhir dihembus, bapa siti dengan kuat semangat telah meninggalkan pesanan tuk isteri dan anak-anak kesayangannya, ini amat mengharukan semua yang ada di waktu itu. Arwah telah selamat disemadikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang.



Dikesempatan ini, aiman sekeluarga mengucapkan salam takziah pada keluarga Dato' SitiNurhaliza diharapkan Dato' Siti Tabah Cekal menghadapi hari-hari mendatang dan aiman mendoakan Ayahanda Siti ditempatkan dengan insan-insan yang beriman.. Al-Fatihah .. amin..

kredit foto : sultanmuzaffar.blogspot.com, budiey, mstar, kosmo

GreenZone.NetCafe

GreenZone
30 Ogos 2008
tarikh keramat yang
sukar aku lupakan dalam
sejarah hidup aku. Tarikh sehari sebelum kita rakyat
malaysia menyambut kemerdekaan, GreenZone secara rasminya dibuka diPerak.
Berlokasi kan bersebelahan Restauraunt Ibu aku sendiri,
iaitu Restauraunt Kamariah ini menambahkan rasa gembira nya dalam hidup aku.


mereka yang bertanggungjawab dan yang amat teristimewa diatas adalah, Orang-orang Kuat yang telah banyak memberi Semangat,
Dorongan, Nasihat dan Sokongan padu terhadap aku sebelum dan selepas GreenZone dibuka mereka yang teristimewa itu ialah, (dari kiri) Bonda dan Ayanhnda saya, Pn. Kamariah Ahmad, En. Suffian @ ChoyKwai Abdullah, Kakak aku (kakak ni yang no3 - bertudung) yang Tersayang Dr. Norsatinati Suffian serta Teman Setianya Haslindawati,
dan Teman Baik aku di TM dulu iaitu Asrina
dan Hazliziana, tak lupa juga Sahabat Sejati aku dari zaman aku di KLiUC Redzuan Lamsun yang mana mereka telah banyak membimbing aku dari fizikal dan mental. Tiada apa yang dapat aku katakan .. Terima Kasih.

p/s: TQ pada Asrina kerana telah memberi nama kepada kedai Aiman. Akan aiman kenang sampai bila-bila.

Wednesday, February 11, 2009

sweetMemories TM


Tinggal Sejarah..

kenangan aku berkhidmat untuk
Telekom Malaysia Be
rhad
akan ku semat nun jauh
di dalam lubuk
hati kecil ku ini
Banyak Kenangan Manis mahupun Pahit
yang
sukar tuk aku lupakan..

Kawan,Teman,Sahabat,
yang telah mengukir kenangan dalam ingatan
yang berkongsi SUKA AiRMATA.. antaranya
Riena, KakZiana, Yasmin, Wani, Azizah,
KakShida, Kak Nolly, KakIda, KakOun, Emma, Safa

AbgNasser, AbgYus, AbgBa'e


tak lupa juga pada mereka yang
banyak membantu sepanjang kerjaya disana ..

KakEsah, Madam Kheng, Mr.Bala, AbgZery, Zamani
KakSu, KakYanti, KakYanie, Madam Loges,
Salwa, KakHas, KakAimi, KakShima, KakPah
Mr.Gajen, CikLiza, Pn.Nor
dan terutamanya En.Natzeri dan Pn.Sharifah

Tiada Kata-Kata lain ...
selain ribuan.. TERIMA KASIH
dan moga-moga kita bertemu lagi..



Memories With Datin Sri Dato' Hajjah Siti Nurhaliza ...Ever



LENTERA TiMUR

Lentera Timur
Album Lentera Timur adalah hadiah terbaru dari Datin Sri Dato Hajah Siti Nurhaliza untuk para peminat beliau yang setia menanti album Irama sebegini dan amat merinduinya.

Lentera Timur yang menampilkan konsep irama global kontemporari muncul tatkala, irama sebegini semakin pupus ditelan zaman. Dengan Azam yang jitu dan sokongan padu dari insan-insan tersayang membuatkan Dato Siti Nurhaliza tampil dengan Album yang sungguh istimewa.

Lentera Timur mengandungi 11lagu yang telah disusun sebaiknya dan tidak perlu dipersoalkan kewibaan setiap lagu, ini kerana perhasilan setiap lagu adalah dari Pencipta, Penulis Lirik, Pemuzik yang terUnggul Di Malaysia, Indonesia dan yang terbaik dari AsiaTenggara ditambah pula ada antara mereka menerima banyak pengiktirafan dalam dan luar negara antaranya Fauzi Marzuki, M.Nasir, Habsah Hassan, Ad Samad, Suhaimi Mohd Zain (PakNgah), Katon Bagaskara, Adnan Abu Hassan
dan Johan Nawawi.

Oleh itu Jangan Lepaskan album ini yang telah berada di pasaran pada 26 Disember 2008. Selamat Menghayati Irama Kita ... Lentera Timur

p/s: Siapa lagi nak mengangkat irama ibunda kita sendiri jika tidak kita sendiri rakyat malaysia .. Selamatkanlah Ia sebelum Ia lenyap dari hawa telinga kita..

Aku

..Aku..

Tuesday, February 10, 2009

..PemAnis MuLUT..

Assallammualaikum ..
Salam Sejahtera..
Pembuka kata, Pemanis mulut
saya lafazkan..
Dengan ini secara rasmi nya saya
KHABARkan blog saya ini..
("dirasmikan oleh Datin Sri Hajah Siti Nurhaliza" .. berangan jerr!!!)
yang telah lama saya idam kan..
tuk berkongsi sUKA dUKA tAWA aIRMATA
selagi saya bernafaz di bumi ini..

Saya telah lama ingin memiliki Blog saya sendiri tetapi,
disbbkan MASA saya terlalu terHAD PADAT dan terBATAS
jadi mbuatkan saya tidak dapat ("bz Keee.. ?" bt2 bz..)
meluangkan masa..
oleh kerana, setiap hari ..
keinginan saya semakin bertambah
mbuatkan saya teruskan niat saya ni
dengan apa jua yang berlaku..

Alhamdulilah mlm yang dingin ini, 10 febuary 2009 ini
mjadi seribu kenangan terindah dalam sejarah hidup saya..
kerana tarikh keramat ini blog saya dapat dibaca oleh
seluruh pelusuk dunia dan diceruk rantau
(tp mesti pastikan ada "coverage" ehheeh)...

saya menutup
Pemanis Mulut ini..
dengan lafaz "Bismilah" dan menadah tangan...
saya mengharapkan kalian dapat
menerima kehadiran blog ini.. amin

sekian terima kasih..
sehingga kita bertemu lagi..

Blog Widget by LinkWithin