..:: clickz's ::..

Sunday, May 31, 2009

rEMake: TriVia "prOps tangga ke?"

... yuhuuuuuu, sahabat2 semua... ok sempena hari terakhir kite di bulan Mei 2009 ni aiman bawakan sekali lagi entri aiman yang lalu... entri pada 12 Mei 2009, lebih kurang 20hari yg lalu.. pOsting untuk "gambar selebriti yang diambil sekitar tahun 1980an dengan hanya menggunakan PROPS TANGGA jerr....".. ingat tak? ehhe.. ada lah beberapa teman aiman yang cuba teka gambar tersebut di ruang komen antara nya..

"Farhana" ...
Aimannn.. Ni ape gambar dgn klue x cukup nih..
Igt ni mata alien ke blh teka gambar tu..
Susah banget wooo.. Huk huk huk..
Hurrmm.. Sape eh? Haha.. Bantai jek laa ek..
Norsheila amin .. Hak hak hak.. Knal ke? =p

"aainaa" ...
adush payah ni...
artis ni popular zaman 80 an ke?
aisyah ?



"buchukbella(GSK)" ...
err aiman chuk lahir taon 90,kan
chuk da kate amek la yg latest2 nieh.hehe,
susa oo mau teka :)

"norlina alfan aka KakPandOt(GSK)" ...
adoi.. akak nak teka pun naik juling nih...
erm.. rohana jalil ?



tapi tekaan mereka Kurang Tepat ... aiman tak kata salah tapi kurang tepat.. heheh Jadi oleh kerana tak siapa yang beri jawapan yang tepat aiman buka sekali lagi ehhehe ... saje je suker2,.. so apa lagi teka yerkk... aiman harap kali nie ade laa yang beri jwpan yg betoi.. hehehh.. harap2 kali nie teman2 aiman lebih FOKUS heheheh... jgn marah yerk ...

disini juga aiman tambah 2 lagi KLU tuk memudahkan teman2 aiman ni hehehe ... harap2 2KLU ni cukup membantu menyelesaikan Misteri Siapakan Selebriti disebalik gambar tersebut hehehe... suspen ker? hahahaha...

4. Pernah Berlakon beberapa Filem dan wataknya semestinya HEROiN
5. Popular Hingga Kini




rEMake: triVia
Pose kat tangga je ke?




ermmmmm heheh Trivia kembali lagi dengan gambar yang lebih hebat!!! heeheh.. dan gambar ini sungguh eXclusive!!

hari ni aiman nk sahabat2 aiman di sini berTeka teki dengan.. TriVia: Pose kat tangga je ke? Siapakah beliau? klu yang boleh aiman berikan disini bukan apa tak boleh lebih-lebih nti korang cepat tau sahabat2 aiman ni pandai2 belaka kan.. eeheh Jadi klu tuk gambar diatas klu dia adalah:

1. Seorang artis Wanita
2.
Profession Penyayi
3. Gambar ini diambil sekitar tahun 1980an


uhhh.. cukup2 tu sahaja klu yang aiman boleh beri .. Jadi aiman nantikan jawapan Anda..



Kredit Photo : kOleksi Peribadi keluarga aimanhaQimy
HakCipta : reality-inmylife.blogspot.com

Saturday, May 30, 2009

bOleh ca'yer ker nie?



          


Tarikh Lahir 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4 & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman



wowww... aiman punyer "Description" tuk Tarikh lahir aiman 22 mALATOP!!... ehehhe.. jangan mARAH yerkk.. pada Teman2 yang berkongsi Tarikh Lahir dengan aiman .. Welcome da Club hehehe...


ok Article yang aiman ambik ni aiman dapat melalui email Jadi jangan lah ada mempercayai 100% yerk.. kita jadikan ia cuma satu landasan dan sempadan tuk kita lebih baik, lebih hebat, lebih bijak, dimasa-masa hadapan yerk .... Hidup 22 ehhe.. tiba2 jer... Korang pulak mcm mane? Bila Tarikh lahir korang yerk... ??? mai la share dgn aiman yerk ...

Friday, May 29, 2009

bEtis? ~errmm~~~

Jasmin Hamid satu nama yang tak perlu kita perkenal kan lagi.. sememangnya antara Pelakon Wanita yang disenangi ramai dalam negara kita. Dianugerahkan dengan bakat yang Hebat dan mengagumkan.

Beri lah apa jenis Watak sekali pun sememangnya akan dibawa dengan berkesan dan Terbaik. Tapi apa yang aiman Pelik bin Hairan nya kenapa sekarang ini Jasmin selalu muncul dikhalayak ramai dengan ber Imej "SEKSi"? kalau dalam lakonannya boleh la kot sebab mengikut kehendak Jalan Cerita dan Watak itu sendiri ..

adakah kerna kini beliau berStatuskan "mak JAN" boleh berimej sebegitu? Untuk Menarik pERHATiAN? org kata la kan Bukan aiman kata ... ahaha.. makin tua makin menjadi pulak yek.. hehehe ... OPSSSSSS..!! laZerr plk..

yer laaa.. bukan apa Puan Jasmin Hamid tak perlu berImej sebegini, kerna Nama nya sudah gah.. aiman pun sendiri meminati Lakonan beliau, yang terbaru lakonan Jasmin Hamid yang aiman suka tengok adalah Watak Datin Sofiera dalam "Spa Q2" mmg CLas dan Diva ..

aiman juga terpikat sungguh dengan lakonan beliau dalam Drama Komedi terbaru di TV3 "Datin Wan Abe" .. Kelakar sungguh tengok lakonan nya, memang mengeletek perut aiman ... hehehe korang klu sempat nanti tgok la yerk.. hari selasa tak silap aiman hehehe

ok kat bawah nie ade 2 pic Exclusive yang aiman ambil dari site OhBulan .. apa kata korang yek tentang Pic nie? CANTEK? HEBAT? MenGiURKAN? SeKSi? apajela yerk....?


Jasmin Hamid, yang tampil mengiur’kan
dalam promosi drama Datin Wan Abe. adakah Jasmin Hamid
ingin mempromosi’kan drama lakonan’nya,
atau promosi betis milik’nya?

antara para pelakon sitcom "Datin Wan Abe" di TV3


Kredit Photo: Ohbulan

Tuesday, May 26, 2009

Pakcik AbgMacan Meninggal ..

Berita yang mengejutkan dari abgMacan ..

ini yang aiman terima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari abgMacan (abgLong dari familyGSK) kepada aiman yang dikirimkan sebentar tadi...

"Assallammualaikum,saudara2 ku semua aku dlm p'jlan ke triang pahang sbab pakcik aku meninggal, doakn aku pegi ngan pulang ngan selamat"

ini pula dari aiman tuk AbangMacan ..

"walaikummusallam.. abg byk2kan bsabar yek.. aiman doakan smuanya slmt k.. bwk kete elok2 k.. jgn bwk laju2 kimslm syg kt iBU shira, izmal n sUFIA k.."

aiman dan teman-teman disini mendoakan segala-galanya dalam keadaan selamat .. Kami juga mendoakan agar roh pakcik AbgMacan dicucuri Rahmat dan mudah-mudahan ditempatkan dengan insan-insan yang berIman ..

Disini marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk Pakcik AbgMacan ... Al-fatihah ... amin

Monday, May 25, 2009

... gOreng Pisang PanaZzz !!!

hebat sungguh penangan Dato'Siti Nurhaliza Taruddin!! Tiket untuk hari Pertama "Konsert Satu" beliau bersamaan 26June2009 Laris .. habis Di Jual pada hari pertama lagi apabila Kaunter Tiket Konsert di buka!!

Itulah Dato'Siti Nurhaliza yang tidak perlu kita pertikaikan Aura yang ada pada nya masih berbisa !! Tiket Konsert beliau bagaikan Goreng Pisang Panas!! Hebat!!!

Yeahhhhhh!! wahh tiba2 je aiman nie kenape? heheh .. setelah menghadapi beberapa halangan dan rintangan uhuh.. Akhirnya Aiman berjaya juga memiliki Tiket "Konsert Satu Dato Siti Nurhaliza" yang bertarikh 28June2009 (malam akhir konsert) gembiranye tidak terkira dan aiman tak sabar2 menunggu hari tersebut..

Halangan? ermm mmg byk dugaan yg aiman hadapi sebelum aiman berjaya membeli tiket ini uhuhuh sedey!!.. mcm nie citer nyer.. pada mula nya mmg Ramai yang nk JOiN sama-sama menyaksikan Konsert Dato Siti dan merancang nk buat "Reunion+Gathering" sejurus Konsert Satu berlangung tapi apa boleh buat kita hanya mampu merancang..

ini kerna, kebanyakan sahabat-sahabat aiman nie ramainya dari gologan "Pendidik" dan "KakiTangan Kerajaan" .. nak dijadikan cerita ada yang kena pergi krusus la, kena hadir mesyuarat laa, ada ke kem motivasi, ada yang "Outstation" pada tarikh yang dirancang .. mungkin tak ada rezeki untuk kami berjumpe ... tak pe laa!! insyaAllah lain kali mungkin dapat jper kot amin!!

okey luperkan yang tu.. !! nak tahu aiman pergi dengan sape konsert nanti ? jeng jeng jeng.. ehhe, ini pun satu hadiah dariNya!! aiman akan pergi menyaksikan Konsert Satu dengan Sahabat2 aiman yang sangat Akrab dan Amat Baik dari Zaman Kolej lagi !! ni mesti Happening nie!!

sebenarnya aiman pun dh lame tak jumpe dieorang!! Rindu teramat-amat sgt!! aiman akan pergi bersama Wan dan Aizat sahabat aiman yang aiman sayang sangat-sangat semasa di Kolej lagi .. memang mereka banyak membantu aiman selama ini ... Wahh best nya dapat jumper dieorang..!! memang tak sabar rasa nya..

.. semasa aiman taip entri ni sambil-sambil tu aiman buka website "tiket2u".. laman web yang menjual Tiket Konsert.. Woww Jualan Tiket amat memeranjatkan ..

klu nak tahu tiket berharga RM80 RM120 RM180 untuk Sabtu dan Ahad sudah habis di jual!! yang masih ada buat masa ni cuma tinggal RM250 dan RM300 sahaja itu pun tak banyak.. Jadi sesiapa peminat Dato Siti Nurhaliza cepat-cepatlah beli yerk.. takut nanti ade plk yang menyesal nti uhuhuh...

kepada kawan2 aiman di sini, yang membaca entri ini, yang akan pergi menonton Konsert Dato Siti Nurhaliza pada 28June2009 nanti, boleh la kite caling2 nanti yerk jumpe kat sane untuk mengeratkan lagi silatulrahim ehehhe.. mesti Happening kan!! yang aiman tahu setakat ini, dan aiman pasti akan berjumpe dengan blogger Popular FairuzSelamat kerna kami dah janji nak jpe disana nanti hahaha..!!! Apai nanti caling-caling k..

Kredit Photo: SitiZone.com

Friday, May 22, 2009

SERANG siti !!!

hey!! Orang-Orang kampung di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, khazatan, China, Thailand, Jepun, London, Australia, dan seantero Duniaaa.....!!

Ada khabaran Baik yang Beta ingin khabar kan kepada rakyat jelata semua heheheh... Dato`SitiNurhaliza nak bikin KONSERT exclusiVe niii..!! Betul ke nie? Betul laa.. Dato`Siti tak pernah tipu laaa hehehe.. wOww.. best nie.. Hebatt!!!

mmg best!! mmg Hebat!! kalau nak ikut kan dalam sejarah Dato`Siti kalau Beliau mengadakan Konsert mesti dapat sambutan yang Luar Biasa!! orang kata Full House laa.. ataupun SoldOut!! dan Jika menonton konsert Beliau memang tak Rugi beli Tiket, kerana beliau mempersonakan dan memukau!!

kalau kita berada dalam Konsert Beliau memang tak akan perasan masa akan berlalu dengan pantas!! tiba-tiba jer dah habis uhuhuh.. Percaya la cakap aiman.. Dalam sejarah hidup aiman, bila adanya Konsert Siti memang aiman cuba sedaya upaya akan pergi juga.. tapi tak semua aiman dapat pergi uhuhuh sedey..


Aiman pernah menyaksikan Konsert Siti secara LiVE tau.. antaranya .. Konsert Mega SitiNurhaliza Bukit Jalil 2001, Konsert Salam Terakhir SitiNurhaliza UntukMu Sudir 2002 Istana Budaya, Konsert Fantasia Tour SitiNurhaliza 2004 di Ipoh..

... kalau korang semua nak tahu.. aiman nak citer sikit nie hehe.. tersebut laa kesah ..ahah.. 6 tahun lalu... Kenangan Terindah telah pun terpatri dalam diri aiman.. wahhh gituuu..

ini kerana, pada Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 di IPOH , Aiman adalah di antara Pemenang "VVIP" untuk "Peraduan Fantasia Tour Siti Nurhaliza" di Astro dan hadiahnya merupakan Makan Tengahhari bersama Siti Nurhaliza dan juga Bintang-Bintang Akademi Fantasia iaitu Rosma AdiFashla dan Sahri.

Dengan kemenangan itu juga, Aiman turut di undang ke Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 (Penutup) di Bukit Jalil sebagai tetamu"VVIP" jugak..

best sgt2..!!!! kerna dapat duduk depan pentas lagi!! memang Kenangan Terindah yang tak dapat aiman lupakan sampai bila-bila.. Terima Kasih pada yang maha ESA kerna telah menghadiahkan ini pada Aiman.. Impian menjadi kenyataan..!!!



ada juga aiman mengikuti Konsert Siti Nurhaliza untuk siaran Televisyen antaranya Konsert Studio Satu untuk Astro, Konsert Fenomena SitiNurhaliza&Apek, Konsert AidilFitri SitiNurhaliza, zOOM in bersama SitiNurhaliza ketiga-tiganya untuk siaran RTM,

selepas itu ada juga aiman mengikuti Karnival Jom Heboh TV3 aiman pergi pun sebab ada Siti Nurhaliza kalau tak .. tak de makne nya aiman nak pergi bukan ape Jom Heboh nie Best sangat-sangat tau kerna Best laa sampai orang dia berlemon- lemon ... tu yang malas tue.. nak pergi .. sesak sgt2..!!!!

....ermm Berita Terbaru yang Dato Siti nak mengadakan Konsert Solo memang amat dinanti-nantikan terutamanya Aiman dan Para Peminat beliau. memang gembira suka dan tak sabar2 nie....

Semalam aiman dah pun caling-caling sahabat2 aiman yang sama-sama mengemari Dato Siti nie.. semua nya Excited nak pergi ni.. semuanya macam HiSTERiA aaarrgghhhhh.. Best tau!! pasti MalatOp nie.. hehehe... family aiman pun macam nak pergi jugak nie.. wahh cam ner nie.. SERANGGG SiTi !!! ehhehe... Siti Beware!! hahahah...

masing-masing tak nak melepaskan peluang nie.. sape nak Join aiman Jom laa heheh kita leh jper kat sana nanti.. WAHHH mesti meriah nie...!!! tapi aiman tak pilih lagi tarikh !!! Bila yang sesuai... !! aiman kena tengok jadual aiman dulu hehehe.. wah gituuu.. ape2pun nanti aiman akan beritahu kelak yek heheh.. harap-harap tak ada la aral yang melintang nie .. amin ya ra'bal alamin..


20 Mei 2009 di perkarangan Istana Budaya, Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasminya yang beliau akan mengadakan Konsert Solo terbaru yang diberi nama "Konsert Satu" yang akan berlangsung di Istana Budaya.

Konsert Satu, ini dikatakan akan menjanjikan yang terbaik untuk tatapan semua peminat pada 26-28 Jun 2009 depan. Dato Siti menggambarkan persembahannya kelak sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.

Kata Siti dalam konsert itu dia akan mendendangkan sekirang-kurangnya 30 buah lagu termasuk sebahagian lagu dalam album terbarunya, Lantera Timur. Konsert itu akan mengenengahkan Pat Ibrahim sebagai Pengarah Konsert dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.

Tiket kini sudah mula dijual dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Ia boleh didapati di kaunter tiket IB, Triways Travel & Tours (KLCC & Taman Tun Dr. Ismail), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di Level 1, Plaza Sentral Shah Alam , Pasar Awam Presint 16, Putrajaya serta Ticket Charge, Signature Office Suite, The Boulevard, Midvalley, KL. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan di talian 03-41498600 (Isnin - Jumaat, jam 9 pagi - 6 petang).


Kredit Photo: kOleksi Peribadi aimanhaQimy,
mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti
Kredit Sumber Article: murai, mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti

Thursday, May 21, 2009

ARiL penyebabnya?

Hanya trofi sahaja?
oleh: utusan (20/05/2009)

PAPA rasa kasihan apabila melihat nasib yang menimpa pemenang tempat kelima Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Ismaliza Ismail atau Isma.

Bukannya apa selepas 10 minggu bertungkus-lumus berusaha untuk memberikan persembahan yang sebaik mungkin, ganjaran yang diterima Isma hanyalah sebuah trofi sahaja.

Biarpun persembahannya hanyalah biasa-biasa sahaja, tetapi apalah salahnya berikan hadiah yang setimpal dengan kedudukannya di tangga kelima tu.



Kalau enam musim lalu, finalis yang mendapat tempat yang sama pun dapat hadiah. Mustahil juga Isma tak layak nak dapat hadiah. Walaupun zaman tengah gawat ketika ini, mustahil tidak ada sedikit pun habuan untuk Isma.

Ataupun mungkin hadiah sebenarnya sudah disediakan tetapi memandangkan kemasukan semula Aril pada minggu kesembilan menyebabkan semuanya berubah.

Jadi, mungkin waktu begitu singkat untuk mencari penajaan bagi pemenang tempat kelima.

Kesudahannya bawa balik trofi sahaja.Papa terfikir juga adakah ini dikatakan salah satu transformasi AF7 dengan memberi trofi sahaja?

Kredit Article: Utusan



kalau benar la bagai dikata..
kesian nya dengan Isma bintang Akademi Fantasia 7,
Aiman simpati dengan nasib nya..
selepas bertungkus lumus selama 10 minggu
berbanding "AFMASUK" cuma 8 minggu,
Isma hanya layak diberikan Trofi je ke.. ?
mane letaknya keADILan ..?

Kredit Photo: Utusan, murai, mstar

Wednesday, May 20, 2009

hOT.fm ter`gelincir


"Kajian Nielsen menunjukkan ERA kekal sebagai stesen radio no. 1 Malaysia, diikuti dengan SINAR di tempat ke-2, dan Hot FM di tempat ke-3. Ini merupakan kali kesembilan belas berturut-turut kajian Nielsen meletakkan ERA sebagai radio No. 1 Malaysia!"

"AMP makin bersinar!
Kekal menerajui industri radio Malaysia
Keputusan rasmi kajian Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2009 meletakkan ERA dan SINAR di kedudukan No. 1 dan No. 2 dalam senarai stesen radio pilihan rakyat
Malaysia."

Buat kali kesembilan belas berturut-turut, kajian Nielsen mengangkat ERA sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia, dengan jumlah pendengar mencecah 4 juta.ERA mempunyai kekuatan kelompok pendengar eksklusif, yang setia mendengar ERA pada bila-bila masa, iaitu seramai 572,000 orang.Menurut Nazri Noran, Pengurus Rancangan ERA, “Kami tidak menaruh harapan terlalu tinggi untuk kajian kali ini apatah lagi dengan pembaharuan yang dilakukan.


Kredit Article Original: sultanmuzaffar
Kredit Photo: erafm.com

SINAR melakar sejarah apabila meletakkan diri ke kedudukan ke-2 selepas ERA dalam senarai stesen radio paling popular. Berjaya mengumpul 484,000 lagi pendengar, stesen Muzik Retro Terbaik ini sekarang memiliki khalayak pendengar seluas 3.82 juta orang – angka paling tinggi yang pernah dicatatkannya setakat ini.. Perkembangan ini menunjukkan trend pendengar yang menggemari kandungan muzik yang lebih matang, terutama lagu-lagu daripada era retro yang gemilang.
kredit Article Original: sultanmuzaffar
Kredit Photo: sinarfm.com


"What happened to Media Prima?" tanya teman aku tentang HotFM yang jatuh ke tangga ketiga berbanding tangga kedua tahun lalu.

"Sekejap-sekejap Fara ada, sekejap-sekejap Fara tak ada. Sekejap-sekejap Faizal ada, sekejap-sekejap Faizal tak ada. Lepas itu, tak ada balance di antara iklan, lagu-lagu dan deejay yang merapu-rapu," balas seorang teman yang lain .
kredit Article Original: akubimbo
Kredit Photo: hotfm.com


mcm tu laa lumrah dunia sekejap kita dibawah sekejap kita diatas .. tapi disini aiman tak boleh nak membuat komen Panas-panas atau kata lain nye komen lebih-lebih ini kerana sekarang ni pun aiman tak berapa dengar sangat radio nie...

ok.. kalau aiman di dalam kereta, aiman lebih gemar mendengar CD lagu, yang OrigiNal ok.. sape lagi kalau bukan dari CD dari Dato SitiNurhaliza Taruddin... Jarang sgt2 laa dengar radio ni.. diantara sebabnya Radio sekarang ni banyak sangat iklan, colotehnyer sikit je.. pastu lagu2 kadang-kadang tu tak menepati cita-rasa aiman.. Bosan laaa..!!

kalau di office pulak aiman selalu dgr koleksi MP3 aiman, lagu jer terus terusan tak de Iklan Tak der DJ yang merapu.. baru semangat nak buat kerja.. heheh..


ok disini aiman nk tegaskan lain orang lain ragam nyer kan.. lain pulak caranya.. mkin setengah tu suka dengar iklan di radio .. ada pulak orang suka dengar suara DJ yang keudara.. macam2 ragam manusia yang tak boleh dijangka kan..

nak dijadikan cerita.. ehhe aiman tadi ade la dengar Radio Era mase tu segmen 10-1 di ERA bersama Reza Mohammad .. yang boleh aiman katakan sewaktu Reza mengendalikan sLOT dia Ni memang BEST dan Happening !!


cara dia layan peminat, pendengar, jawab panggilan memang kelakar.. buat aiman tergelak sorang2 kat office tadi .. Lagu yang keUdara pulak UP2DATE..!! dgn kata lain patut la Graf pendengar ERA melonjak..!! adakah mungkin Resepi baru Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran telah berjaya?

yang menjadi tanda tanya sekarang nie adakah HotFM telah hilang taring nya.. aiman peminat setia FaraFauzana Ikhwan FaizalIsmail dan Sharifah Aleya .. 4 DJ HOTFM yang aiman boleh katakan Sporting Baik dan TakSombong!! aiman cakap berdasarkan pengalaman tau..

ERA.. PakNil Nana AdiFashla Dina Reza memang kalau berjumpa dengan dieorang nie memang tak berhenti bercakap.. memang Ramah-Tamah giler dieorng nie.. Happening!!


Sinar.. LindaOnn AbbyFana RajaAzura wanita matang yang aiman respect!! kerna mempunyai iLMU didada yang tebal... Hebatttttttttt!!!


Nama-nama yang aiman sebut diatas itu sebenarnya sebahagian daripada Juruhebah terkenal dinegara kita yang pernah aiman bersua muka.. kalau nak di ikutkan ramai lagi Juruhebah yang kita ada..

antaranya Kieran(HOTFM), KhairilRashid(SINARFM), Anne(HOTFM), AG(HOTFM), Kartini(HOTFM), Burn(ERAFM), Cham(ERAFM), Ray(ERAFM),DinBeramboi(ERAFM),Najman(SINARFM), NilaKurnia(SINARFM),JamalJamaludin(SINARFM).

ermm itu la Dunia Radio negara kita, siapa hebat akan terus berada diPuncak ..!! Menuju Puncak hehehe.. dan aiman harapkan yang lain janganlah memandangnya sebagai bebanan tetapi mengambilnya sebagai cabaran untuk meningkatkan lagi kualiti Anda sebagai JuruHebah yang diHormati... chewahhhhh!!! hhehe... Jpe lagi hahaha..



Kredit Photo: Hotfm.com. Erafm.com, Sinarfm.com

Tuesday, May 19, 2009

mlm ni nk bt apE yerk ?



ermm selepas berakhirnya, Akademi Fantasia musim ke7 sabtu lalu.. hidup Aiman tak karuan .. heheeh .. utk pengetahuan smua aiman mmg HardcOre fanz Akademi Fantasia sejak musim pertama lagi.. Aiman tak berselera la nak tengok program realiti lain.. macam tak BEST je... opsss soRy sebb berlaku jujur!! hehehe lantak laaa org nak kata ape kat Akademi Fantasia tapi aiman mmg minat habis dengan Rancangan ini ... Akademi Fantasia mmg dekat dihati Peminat-peminat nya....

Aiman Ulangi Aiman sukerkan Rancangan ini sahaja maksud aiman disini sukekan format Asal Rancangan ni tp aiman tak suke la sangat kalau ade Perkara-perkara tertentu seperti kalau ia dirancang ke .. atau pun kalau ianya berlebih2 seperti menonton Drama gitu heheh.. aPe2pun AkademiFantasia tidak pernah mengecewakan Penontonnya...

Aiman pun tak tahu la ape punye Aura yang ade kat Akademi ni.. kite akan rase suke marah geram bila kita tengok Akademi Fantasia... yang paling kita tak percaya kadang-kadang kita boleh menitiskan airmata bila kita tengok semangat dan kesungguhan mereka.. betol tak? klau tak betoi pun... "Ade Aku Kesah..!!" "cak! cak!! Cak!!!" heheheh!!! sOry AzwanAli pinjam jap Tagline tu hehehe...



nak citer la sikit kan selama 10 minggu kalau jam kul 9 mlm je aiman dah tercegat kat depan TV nak tgok DIARI akademiFantasia musim ke7 di Astro Ria utk hari Isnin-Jumaat pastu kalu sabtu tgok Konsert Mingguan dan kalau Ahad pulak tgok Diari Int.. klu tuk Diari EXT aiman jarang tgok sb tak suke la klu berdebat2 nie.. Debat macam mane pun AkademiFantasia tetap jugak macam tue.. hehe..

Tahun ini Sarimah buat Best tuk rakaman Diari HEbATT! wat saspen jerrr.. ehheh ader gaya Sarimah tak? mengeriiiikan heheh Tahniah Kak Mah .. beliau patut diberi Pujian diatas Usahanya bagi mengendalikan Diari untuk program realiti No1 Negara... tePukan gemUruh aiman berikan kat kakMah kiter nie hehehe.. hrp2 untuk tahun hadapan kakMah la juga jadi Pengacaranya yerk.. Heeebaaattt !!!!


Akademi Fantasia dah abiss.. dh msuk hari ke2 aiman tak tahu la nk buat ape uhuhuh .. semalam tuk mengisi mase yg ader hehee aiman on9 kat Yahoo Massenger itu pun sb nk lepas kan ke-Boring-an! ke-Bosan-an! dan ke-tensen-an yang melampau.. hehehe nasib baek laa ade Tepon dan BuchukBella (2adekberadek dari family GengSeluarKetat) tuk bOrak2 kosOng ehheeh.. dan bertanyakan khbar..

pastu berGosip pulak dengan Blogger Terkenal ehhehe iaitu Aainaa dan Farhana.. tp malang nya Apai tak ade pulak semalam .... kalau ada .. lagi hebat GOsiP semlam hehe.. tajuk GoSiP mmg Gempak "Farhana Pukau kan ... ?? " opssss Rahsia..!!! hehehhe... sape pulak yg main pukau nie.. heheh.. yang paling penting sape pukau sape nie hehehe.. lalala.. jangan marah yerk Farhana aiman gurau je nie.. heheh ..

ermm malam ni nak buat aper yerk.. ?.. ermmm.....


kredit Photo: klubbkidd
kredit Video: Youtube

Blog Widget by LinkWithin