..:: clickz's ::..

Showing posts with label 1inAmilliOn. Show all posts
Showing posts with label 1inAmilliOn. Show all posts

Sunday, May 3, 2009

jutawan shah indrawan VS tOMOK

Tahniah kepada Tomok kerana telah berjaya bergelar jutawan OIAM musim ketiga. Ini menjadikan Tomok adalah juara lelaki pertama OIAM sepanjang musim.

JUTAWAN OIAM… Tomok melakar sejarah menjadi pemenang lelaki pertama.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir’ telah berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam dengan peratusan undian paling tinggi sebanyak 39.3%.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali’ apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.


KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam. Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

TIGA FINALIS OIAM …(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

“Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam. Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).



kredit Article : mstar, budiey
kredit photo : mstar
kredit video : youtube

Friday, May 1, 2009

tOnight .. whO da wiNner?



kredit photo : bharian, utusan, kosmo

Thursday, April 30, 2009

layak jadi juara??


ermm mamat kat atas nie TOMOK!!
vokalis tuk kumpulan NewBoys..
yang semangnya sudah terkenal dlm industri hiburan kita nie,
Ini kerana bakat nya bkan nya calang2 utk dipertikaikan ..
Tomok sememang nya sudah mula dikenali
sejak beliau di bangku sekolah lagi, dan kini beliau bangkit..
mengejar cita2nya dgn menyertai "One In A Million"

satu program realiti yang hebat diperkatakan dewasa ini..
Bakat beliau kini terserlah dlm program tersebut
yang ajaib nya Tomok masih lagi bertahan sehingga kini..

adakah Tomok mampu ke Grand Final?
dan soalan yang pling penting...
adakah Tomok Mampu bergelar JUARA?
dan Juara kerna Bakat
ataupun sekadar Popular?

Blog Widget by LinkWithin