..:: clickz's ::..

Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

"15 Years Journey Of The Greatest Diva"

"15 Years Journey Of The Greatest Diva"
..::1DIVA' . 1APPRECIATION' . 31'GORGEOUS LOOK's .
31'PRIVATE COLLECTION's all in 1'ALBUM::..

"1April2010 genap 15th Datin Sri Dato Hajjah Siti Nurhaliza Taruddin dalam melayari kehidupan Sebagai Anak Seni yang diSegani dan diHormati. Pelbagai Dugaan Rintangan Beliau Hadapi tetapi beliau teruskan Jua Usaha untuk mecapai Visi dan Misi beliau dalam Memperkukuhkan dan Mertarbatkan Industri Muzik Tanah Air diMata Dunia dengan Cara Beliau sendiri.

Dengan Pelbagai Pengiktirafan yang diraih sepanjang 15tahun ini Tidak sesekali Beliau Mendongak ke Langit jauh sekali Membangga Diri Malah Beliau dari sehari ke sehari cuba memperbaiki Kelemahan Diri yang ada.

Pelbagai Isu diperkatakan Pelbagai Sudut dibahaskan untuk Menjatuhkan Nama Baik SITI NURHALIZA tetapi beliau tetap berdiri TEGUH dilandasan yang Beliau rasa harus Pertahankan Hak Beliau sebagai Manusia Biasa yang mempunyai Hati dan Perasaan"

Itu la SitiNurhaliza yang aimanhaQimy kenali sejak tahun 1996 lagi yang tak penah kenal erti Putus Asa.Kalah.Penat.. 15tahun dalam Dunia Seni Tanah Air sudah cukup mendewasakan dan mematangkan Beliau dalam apa jua keadaan.

Sebagai Salah Seorang Peminat Setia Beliau, Hanya Mampu menDoakan yang Terbaik untuk beliau dalam menempuh apa jua yang beliau lakukan dalam kehidupan dan kerjaya beliau.

Dikesempatan ini saya dengan rasa Rendah Diri mendedikasikan Album Gambar ini "15 Years Journey Of The Greatest Diva" kepada Insan.Penyayi.Penghibur Terbaik Asia yang saya kagumi sanjungi dan sayangi ini iaitu siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Tahniah Dato Siti :D

dgn itu terima lah..
..::1DIVA' . 1APPRECIATION' . 31'GORGEOUS LOOK's . 31'PRIVATE COLLECTION's all in 1'ALBUM::..

info album dan tagline: sbgai tanda penghargaan & hadiah kpd DatoSitiNurhaliza sempena UlangTahun beliau ke 15th dlm IndustriMuzik TanahAir (hrap tdk dislh ertikan). Kesmua gbr yg diletakkan didlm album ini adlh KoleksiPeribadi aimanhaQimy & kesmua gbr2 ini adlh HakMutlak aimanhaQimy

1Diva "SitiNurhaliza"
1Appreciation "1Penghargaan utk yg teristimewa DatoSitiNurhaliza"
31GorgeousLook "angka 31 adlh sempena Usia DatoSitiNurhaliza
ketika mybut 15th dlm IndustriMuzik
& 31 Wajah Anggun DatoSitiNurhaliza yg pernah aimanhaQimy "SNAP"
31PriviteCollection "31koleksi Peribadi aiman yg
slma ini tdk pnh disiarkan dimana2 wh gtew hehe"


Penghargaan kpd insan yg mbantu:
Tina Suffian(MySis) & Shaiful Shy (BFF FB)
krn mbri kata2 semangat utk mbuat album exclusive ini sbg tanda penghargaan kpd DatoSitiNurhaliza. Terima Kasih byk tanpa kamu bdua mungkin tak jadi album ini..

Besina Kedot aka Redzuan Lamsun
krn mberi Idea bgi Nama Album ini sdiri "15 Years Journey Of The Greatest Diva" dan tagline nya juga.. 1DIVA' . 1APPRECIATION' . 31'GORGEOUS LOOK's . 31'PRIVATE COLLECTION's all in 1'ALBUM ..TQ sO much.

Nina Fariza (BFF FB) & Aizat Lotpi
krn mberi Idea bg WaterMark "Private Collection Of aimanhaQimy" yg diletakkan distp gbar.. tQ both of u ...

dan terima kasih byk2 kpd kwn2 yg mbantu scara lgsung atau tak lgsung bgi mjayakan Album ini.Kini aimanhaQimy nak bKONGSI dgn kwn2 aiman yg sama meminati DatoSitiNurhaliza harap2 kalian menyukai nya :D

HANYA DI WWW.FACEBOOK.COM/AIMANHAQIMY

Kredit Photo: www.sitizone.com

Wednesday, September 9, 2009

090909

Tahajjud Cinta
Dato Siti Nurhaliza

Album yang dinantikan oleh semua Peminat Setia Dato Siti Nurhaliza, Tahajjud Cinta telah pun menjengah pasaran pada hari ini 090909. Album yang berkonsepkan Ketuhanan dan Kerohanian ini amat baik sekali tuk hawa telinga kita pada bulan yang mulia ini Bulan Ramadan dan juga Bulan Syawal yang bakal menjelma.

Album ini yang sepatutnya diedarkan awal Bulan Ramadan terpaksa diganjakkan tarikh pengeluarannya kerana terdapat sikit masalah yang tak dapat dielakkan. ermm..

Kalau lah masalah itu untuk memantapkan Tahujjud Cinta ini apa la salahnya kan?? memang kelewatan Tahujjud Cinta , membuatkan Peminat Setia seperti aiman dan kengkawan yang lain meronta-ronta tidak sabar katanye.. hehe :)

ini lah kata-kata laluan,
dari Dato Siti Nurhaliza dalam Album Tahujjud Cinta


Ini adalah Poster untuk Album Tahujjud Cinta


Ini adalah Kulit Album Rasmi Tahujjud Cinta



Cantik kan?? mesti korang Makan Hati kan??? melihat dari Usaha Dato Siti Nurhaliza untuk Album Tahujjud Cinta bukan lah "Tangkap Muat" seperti yang digembar gemburkan. Tengok sahaja Kulit Album Tahujjud Cinta, sangat Cantik dan Lain dari pada yang lain dan seperti biasa mempunyai Maksud yang Tersirat dan Tersurat dari Team Dato Siti Nurhaliza. Ini baru sahaja Kulit Album....

Usaha Ikhlas Dato Siti Nurhaliza untuk terus mewarnai Dunia Seni Tanah Air haruslah sama-sama kita sokong 100% agar Beliau akan sentiasa melahirkan karya-karya Hebat di masa akan datang, kalau bukan kita siapa lagi???

kredit Poster & Kulit Album : sitizone.com

Monday, August 31, 2009

MERDEKA

Syukur..
kita sudah 52tahun Merdeka.. harap2 ianya kan berkekalan selama-lamanya.. amin.. dikesempatan ini juga aiman ingin mengucapkan sekali lg Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke52 kepada semua Rakyat Malaysia yang membaca blog aiman ni wahh gituu... hehehehe :) dan disini aiman ade selitkan lagu dari..... sape lagi kan kalau bukan Dato Siti Nurhaliza kan.. :) semOga terhibur... wahh gituuu~~~ heheeh :D


Lagu sempena kempen 1Malaysia dari Dato' Siti Nurhaliza berjudul "Satu Malaysia". Lagu dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknye oleh Dato Siti sendiri.



"SATU MALAYSIA"

Kejayaanmu
Kebangganku
Semuanya atas satu perjuangan

Kesyukuranku
Keamananmu
Segalanya atas satu perpaduan

Rakyat bersatu seiring dan maju
Pencapaian jadi mercu

Satu tak mengenal bangsa
Tak memisahkan kita
Terus perkasa

Kita satu Malaysia
Teguh ikrar bersama
Negaraku tercinta
Satu bangsa Satu Malaysia

Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Dato' SitiNurhaliza




Kredit Video: youtube.com

Sunday, August 30, 2009

Tune in to SITI TV this Merdeka


Datuk Siti Nurhaliza has set many firsts throughout her career, but even she could never have imagined having a whole TV channel dedicated to her.

In conjunction with the 52nd Merdeka, it will be a special treat to Siti’s fans when Astro unveils a special channel dedicated to the country’s reigning queen of Malay pop.


The channel, on 188, to be christened SITI,will run for two days non-stop from 8pm on Aug 30 to 11.59pm, Aug 31 and will feature the Satu concert by Siti in Istana Budaya which was recorded in June.


Fans will also get a healthy dose of Siti’s music with the Konsert Siti Nurhaliza Fantasia as well as music videos of the singer’s most popular tunes.


“I am honoured to have been chosen by Astro to work together with them on SITI. It is a special event to be able to air the concert which for me is an apt celebration of the theme of Merdeka,” said Siti who added that it was indeed a milestone in her career to have a channel of her own.


“Even though it is only on for two days, it will serve as a platform for many other things in the future.”

Astro Malay Language Business head Khairul Anwar Salleh said the launch of the channel was suitable for the Merdeka celebrations.


“We chose Siti from the start as we think she is a Malaysian icon. And the Satu concert is more than appropriate in the spirit of Merdeka.”


“Satu has never been aired so far over any other media and it will be the first when it goes on air over SITI for free to all subscribers.

“Apart from Satu, the Konsert Siti Nurhaliza Fantasia, which was held in Bukit Jalil in 2004, is a bonus for fans.”


On whether the channel would be continued to feature other artistes, he said it would depend on a number of factors.

On whether Astro would woo Siti into joining Astro’s stable of exclusive talents signed to the satellite provider, Khairul merely shrugged off the question and said he was not in the position to comment.



source: malay mail online

Monday, May 25, 2009

... gOreng Pisang PanaZzz !!!

hebat sungguh penangan Dato'Siti Nurhaliza Taruddin!! Tiket untuk hari Pertama "Konsert Satu" beliau bersamaan 26June2009 Laris .. habis Di Jual pada hari pertama lagi apabila Kaunter Tiket Konsert di buka!!

Itulah Dato'Siti Nurhaliza yang tidak perlu kita pertikaikan Aura yang ada pada nya masih berbisa !! Tiket Konsert beliau bagaikan Goreng Pisang Panas!! Hebat!!!

Yeahhhhhh!! wahh tiba2 je aiman nie kenape? heheh .. setelah menghadapi beberapa halangan dan rintangan uhuh.. Akhirnya Aiman berjaya juga memiliki Tiket "Konsert Satu Dato Siti Nurhaliza" yang bertarikh 28June2009 (malam akhir konsert) gembiranye tidak terkira dan aiman tak sabar2 menunggu hari tersebut..

Halangan? ermm mmg byk dugaan yg aiman hadapi sebelum aiman berjaya membeli tiket ini uhuhuh sedey!!.. mcm nie citer nyer.. pada mula nya mmg Ramai yang nk JOiN sama-sama menyaksikan Konsert Dato Siti dan merancang nk buat "Reunion+Gathering" sejurus Konsert Satu berlangung tapi apa boleh buat kita hanya mampu merancang..

ini kerna, kebanyakan sahabat-sahabat aiman nie ramainya dari gologan "Pendidik" dan "KakiTangan Kerajaan" .. nak dijadikan cerita ada yang kena pergi krusus la, kena hadir mesyuarat laa, ada ke kem motivasi, ada yang "Outstation" pada tarikh yang dirancang .. mungkin tak ada rezeki untuk kami berjumpe ... tak pe laa!! insyaAllah lain kali mungkin dapat jper kot amin!!

okey luperkan yang tu.. !! nak tahu aiman pergi dengan sape konsert nanti ? jeng jeng jeng.. ehhe, ini pun satu hadiah dariNya!! aiman akan pergi menyaksikan Konsert Satu dengan Sahabat2 aiman yang sangat Akrab dan Amat Baik dari Zaman Kolej lagi !! ni mesti Happening nie!!

sebenarnya aiman pun dh lame tak jumpe dieorang!! Rindu teramat-amat sgt!! aiman akan pergi bersama Wan dan Aizat sahabat aiman yang aiman sayang sangat-sangat semasa di Kolej lagi .. memang mereka banyak membantu aiman selama ini ... Wahh best nya dapat jumper dieorang..!! memang tak sabar rasa nya..

.. semasa aiman taip entri ni sambil-sambil tu aiman buka website "tiket2u".. laman web yang menjual Tiket Konsert.. Woww Jualan Tiket amat memeranjatkan ..

klu nak tahu tiket berharga RM80 RM120 RM180 untuk Sabtu dan Ahad sudah habis di jual!! yang masih ada buat masa ni cuma tinggal RM250 dan RM300 sahaja itu pun tak banyak.. Jadi sesiapa peminat Dato Siti Nurhaliza cepat-cepatlah beli yerk.. takut nanti ade plk yang menyesal nti uhuhuh...

kepada kawan2 aiman di sini, yang membaca entri ini, yang akan pergi menonton Konsert Dato Siti Nurhaliza pada 28June2009 nanti, boleh la kite caling2 nanti yerk jumpe kat sane untuk mengeratkan lagi silatulrahim ehehhe.. mesti Happening kan!! yang aiman tahu setakat ini, dan aiman pasti akan berjumpe dengan blogger Popular FairuzSelamat kerna kami dah janji nak jpe disana nanti hahaha..!!! Apai nanti caling-caling k..

Kredit Photo: SitiZone.com

Friday, May 22, 2009

SERANG siti !!!

hey!! Orang-Orang kampung di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, khazatan, China, Thailand, Jepun, London, Australia, dan seantero Duniaaa.....!!

Ada khabaran Baik yang Beta ingin khabar kan kepada rakyat jelata semua heheheh... Dato`SitiNurhaliza nak bikin KONSERT exclusiVe niii..!! Betul ke nie? Betul laa.. Dato`Siti tak pernah tipu laaa hehehe.. wOww.. best nie.. Hebatt!!!

mmg best!! mmg Hebat!! kalau nak ikut kan dalam sejarah Dato`Siti kalau Beliau mengadakan Konsert mesti dapat sambutan yang Luar Biasa!! orang kata Full House laa.. ataupun SoldOut!! dan Jika menonton konsert Beliau memang tak Rugi beli Tiket, kerana beliau mempersonakan dan memukau!!

kalau kita berada dalam Konsert Beliau memang tak akan perasan masa akan berlalu dengan pantas!! tiba-tiba jer dah habis uhuhuh.. Percaya la cakap aiman.. Dalam sejarah hidup aiman, bila adanya Konsert Siti memang aiman cuba sedaya upaya akan pergi juga.. tapi tak semua aiman dapat pergi uhuhuh sedey..


Aiman pernah menyaksikan Konsert Siti secara LiVE tau.. antaranya .. Konsert Mega SitiNurhaliza Bukit Jalil 2001, Konsert Salam Terakhir SitiNurhaliza UntukMu Sudir 2002 Istana Budaya, Konsert Fantasia Tour SitiNurhaliza 2004 di Ipoh..

... kalau korang semua nak tahu.. aiman nak citer sikit nie hehe.. tersebut laa kesah ..ahah.. 6 tahun lalu... Kenangan Terindah telah pun terpatri dalam diri aiman.. wahhh gituuu..

ini kerana, pada Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 di IPOH , Aiman adalah di antara Pemenang "VVIP" untuk "Peraduan Fantasia Tour Siti Nurhaliza" di Astro dan hadiahnya merupakan Makan Tengahhari bersama Siti Nurhaliza dan juga Bintang-Bintang Akademi Fantasia iaitu Rosma AdiFashla dan Sahri.

Dengan kemenangan itu juga, Aiman turut di undang ke Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 (Penutup) di Bukit Jalil sebagai tetamu"VVIP" jugak..

best sgt2..!!!! kerna dapat duduk depan pentas lagi!! memang Kenangan Terindah yang tak dapat aiman lupakan sampai bila-bila.. Terima Kasih pada yang maha ESA kerna telah menghadiahkan ini pada Aiman.. Impian menjadi kenyataan..!!!



ada juga aiman mengikuti Konsert Siti Nurhaliza untuk siaran Televisyen antaranya Konsert Studio Satu untuk Astro, Konsert Fenomena SitiNurhaliza&Apek, Konsert AidilFitri SitiNurhaliza, zOOM in bersama SitiNurhaliza ketiga-tiganya untuk siaran RTM,

selepas itu ada juga aiman mengikuti Karnival Jom Heboh TV3 aiman pergi pun sebab ada Siti Nurhaliza kalau tak .. tak de makne nya aiman nak pergi bukan ape Jom Heboh nie Best sangat-sangat tau kerna Best laa sampai orang dia berlemon- lemon ... tu yang malas tue.. nak pergi .. sesak sgt2..!!!!

....ermm Berita Terbaru yang Dato Siti nak mengadakan Konsert Solo memang amat dinanti-nantikan terutamanya Aiman dan Para Peminat beliau. memang gembira suka dan tak sabar2 nie....

Semalam aiman dah pun caling-caling sahabat2 aiman yang sama-sama mengemari Dato Siti nie.. semua nya Excited nak pergi ni.. semuanya macam HiSTERiA aaarrgghhhhh.. Best tau!! pasti MalatOp nie.. hehehe... family aiman pun macam nak pergi jugak nie.. wahh cam ner nie.. SERANGGG SiTi !!! ehhehe... Siti Beware!! hahahah...

masing-masing tak nak melepaskan peluang nie.. sape nak Join aiman Jom laa heheh kita leh jper kat sana nanti.. WAHHH mesti meriah nie...!!! tapi aiman tak pilih lagi tarikh !!! Bila yang sesuai... !! aiman kena tengok jadual aiman dulu hehehe.. wah gituuu.. ape2pun nanti aiman akan beritahu kelak yek heheh.. harap-harap tak ada la aral yang melintang nie .. amin ya ra'bal alamin..


20 Mei 2009 di perkarangan Istana Budaya, Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasminya yang beliau akan mengadakan Konsert Solo terbaru yang diberi nama "Konsert Satu" yang akan berlangsung di Istana Budaya.

Konsert Satu, ini dikatakan akan menjanjikan yang terbaik untuk tatapan semua peminat pada 26-28 Jun 2009 depan. Dato Siti menggambarkan persembahannya kelak sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.

Kata Siti dalam konsert itu dia akan mendendangkan sekirang-kurangnya 30 buah lagu termasuk sebahagian lagu dalam album terbarunya, Lantera Timur. Konsert itu akan mengenengahkan Pat Ibrahim sebagai Pengarah Konsert dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.

Tiket kini sudah mula dijual dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Ia boleh didapati di kaunter tiket IB, Triways Travel & Tours (KLCC & Taman Tun Dr. Ismail), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di Level 1, Plaza Sentral Shah Alam , Pasar Awam Presint 16, Putrajaya serta Ticket Charge, Signature Office Suite, The Boulevard, Midvalley, KL. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan di talian 03-41498600 (Isnin - Jumaat, jam 9 pagi - 6 petang).


Kredit Photo: kOleksi Peribadi aimanhaQimy,
mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti
Kredit Sumber Article: murai, mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti

Sunday, May 3, 2009

LENTERA TIMUR - ALBUM TERBAiK


Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 3 MEI 2009: Usaha Dato’ Siti Nurhaliza menggabungkan 11 barisan produser album tempatan di dalam album projek pop etnik, Lentera Timur yang diterbitkan secara usahasama dengan pihak MACP membuahkan hasil cemerlang buat diri beliau.

Album tersebut bukan saja dinobatkan sebagai Album Pop Etnik Terbaik tetapi juga turut diangkat sebagai Album Terbaik secara keseluruhannya pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Antara produser album yang ditampilkan di dalam album ini adalah Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzai Marzuki, Pak Ngah, Arwah Zubir Ali serta Siti. Siti turut melengkapkan kemenangan manisnya itu apabila dia sekali lagi mememangi Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita) bagi kali yang ke-10 iaitu satu lagi sejarah dalam AIM selepas ABPBH.

Selain itu, lagu Di Taman Teman mendapat anugerah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Namun Siti tidak hadir malam tadi dan diwakili kakaknya, Saida, kerana ketika ini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.
sumber : harian metro



KUALA LUMPUR - Datuk Siti Nurhaliza malam tadi merangkul empat anugerah utama pada Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini.

Anugerah yang diraih ialah Susunan Muzik Terbaik, Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Penyanyi nombor satu negara itu juga berjaya mengekalkan kejuaraannya seperti tahun sebelumnya menerusi Persembahan Vokal Terbaik (Wanita).

Dengan kemenangan itu juga, Siti Nurhaliza yang tidak dapat hadir malam tadi kerana sedang mengerjakan umrah berjaya mencipta sejarah apabila memenangi gelaran tersebut buat kali kesepuluh sekali gus menghampakan tiga calon lain iaitu Ayu, Dina dan Shila.
sumber : kosmo




Tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza dan produksi yang bekerja keras untuk menerbitkan ALBUM TERBAIK! Setinggi penghargaan buat komposer dan penulis lirik yang sudi menyumbangkan hasil muzik bagi meneruskan kesinambungan irama tradisional!


Selepas 14 tahun bergelar anak seni, Dato’ Siti Nurhaliza membuktikan dirinya masih berbisa apabila berjaya memenangi empat anugerah – Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Album Pop Etnik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – di AIM16. Nampaknya sehingga kini, tiada siapa yang mampu mengugat kedudukannya di dalam industri. sumber: calmille


kredit Article : HMetro, Kosmo, Calmille
kredit Photo: SitiZone, Calmille, Utusan

Thursday, April 30, 2009

Dato' Siti Dah Cipta Rekod Dunia?


KL 30 APRIL 2008: Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita yang Murai Batu tulis ni. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, Murai Batu nak nyanyikan lagu "Percayalah....." kepada korang.

Siti dah cipta rekod dunia? Rekod apa tu?

Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.

Pada kajian Murai Batu, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?

Tapi Murai Batu perlukan bantuan semua peminat untuk tolong semak kenyataan Murai Batu ini. Mana tahu kalau-kalau ada artis yang tidak pernah kita tahu di Russia ke, Alaska ke atau mana-mana ceruk negara di dunia ini mencipta kejayaan sebagaimana Dato Siti. Murai Batu sangat-sangat menghargai bantuan korang tu dan sedia membetulkan fakta ini demi kebaikan bersama.

Mendengar kata-kata Murai Batu itu, editor murai.com.my pun terus menghubungi Pengerusi ABPBH iaitu Kak Cham.



"Terima kasihlah kepada Murai Batu kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.

"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.

"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham dengan teruja. Haa, tapi ingat, jangan lupa , Murai Batu masih memerlukan bantuan korang juga untuk menyemak fakta sebelum pengumuman rasmi dibuat. Cayalah Dato Siti!

MURAI BATU: Benarlah kata Laksamana Hang Tuah - Takkan Melayu Hilang Di Dunia.


kredit Article : murai.com
Kredit foto : murai.com

Friday, April 17, 2009

special sOng



Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan…
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

Thursday, April 16, 2009

still .. no 1

"... Ketika sesi latihan diadakan, Datuk Siti Nurhaliza menunjukkan teladan yang baik kepada artis lain. Tidak berasa puas hati dengan persembahannya, dia sanggup menunggu sehingga pentas kosong untuk kembali berlatih bersama penarinya. Akhirnya, Siti berjaya memukau penonton di arena dan di rumah dengan persembahannya yang hebat, menyanyikan lagu Di Taman Teman."



"Khabarnya, Siti juga sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk lapan penari yang mengiringinya. Siti turut mengucapkan terima kasih kepada koreografer Pat Ibrahim yang bekerja keras untuk merealisasikan impiannya ketika menyampaikan lagu Di Taman Teman dengan persembahan tarian yang mantap."


"Persembahan daripada pemenang bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular selama 12tahun berturut-turut dengan lagu barunya, Di Taman Teman, dikatakan satu persembahan penuh dengan keikhlasan. Sememangnya, Dato’ Siti Nurhaliza selalunya tidak menghampakan peminatnya dengan menyelesaikan tugasan sehabis baik dan sesempurna yang terdaya."





Di Taman Teman
DatoSitiNurhaliza

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

* Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Chorus;
Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah Kau inderaloka
Kan kususuri Bahagiamu
teman di taman ini…
Ulang *

Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik : Hairul Anuar Harun

"Tahniah atas kemenangan Biasanya, kalau Dato’ Siti Nurhaliza menang, pastinya kegembiraan itu dikongsi bersama ayahnya. Tapi, ABP kali ini, kejayaan penyanyi popular membolot kali ke-12 kemenangannya untuk kategori Penyanyi Wanita Popular diraikan tanpa arwah bapanya, Tarudin Ismail. Ketika berucap, rasa sebak itu terpancar jelas dari wajah dan ucapan Siti."



Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008
1-NABIL 127,524
2-MAWI 55,080
3 - DATO SITI NURHALIZA 29,676
4-AZNIL NAWAWI 18,864
5-MEET UNCLE HUSSEIN 11,784

kredit Article : Budiey.com, Bharian.com, mstar.com.my
Kredit foto : minaq-jinggo.fotopages.com
Kredit Video : YouTube.com

Sunday, April 12, 2009

.. terus diGengam

Hebat!! itulah yg sepatutnya kita smua ucapkan kpd insan yang menjadi kebangaan negara kita smua iaitu one n only Dato Siti Nurhaliza Tarudin... ini kerana beliau pada malam ini telah membawa pulang gelaran Penyayi Wanita Popular ABPBH utk terus diGengam buat kali ke 12 berturut2.. Tahniah ..

Percapaian ini sememangnya amat sukar di Goncang oleh mana2 penyayi wanita kita.. dan ini sebenarnya telah menjadi salah satu sejarah seni negara yang mana satu-satunya anugerah yang dipegang oleh satu-satunya artis melebihi 10 tahun!! Dapatkah anda bayangkan?? Hebat bukan!! i

tulah penangan Dato SitiNurhaliza!.. dan Bayangkan juga kalau Dato Siti berSara daripad Dunia Seni Suara negara? ermm mesti sunyi dan hilang lah seri kerana Bintang yang menyinar selama ini telah Lenyap dari pandangan kita..


tahniah juga pada yg Menang!!
keputusan mutlak Anugerah Bintang Popular 2008

Bintang Paling Popular - Nabil
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Penyanyi Wanita Popular -
Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah


kredit foto : budiey.com

Monday, February 16, 2009

AirMata Siti


15 Febuari 2009, tarikh yang akan dikenang oleh siti sekeluarga. Sedih Pilu menyelebungi keluarga siti dikala ini apabila bapa kesayangannya telah meninggalkan beliau dan keluarga buat selama-lamanya. Airmata Siti gugur berderai saat bapanya dalam keadaan lemah dan tenat, beliau tidak dapat menahan Emosi, Perasaan yang amat pilu untuk diterima. Sebelum nafaz terakhir dihembus, bapa siti dengan kuat semangat telah meninggalkan pesanan tuk isteri dan anak-anak kesayangannya, ini amat mengharukan semua yang ada di waktu itu. Arwah telah selamat disemadikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang.



Dikesempatan ini, aiman sekeluarga mengucapkan salam takziah pada keluarga Dato' SitiNurhaliza diharapkan Dato' Siti Tabah Cekal menghadapi hari-hari mendatang dan aiman mendoakan Ayahanda Siti ditempatkan dengan insan-insan yang beriman.. Al-Fatihah .. amin..

kredit foto : sultanmuzaffar.blogspot.com, budiey, mstar, kosmo

Wednesday, February 11, 2009

Memories With Datin Sri Dato' Hajjah Siti Nurhaliza ...Ever



LENTERA TiMUR

Lentera Timur
Album Lentera Timur adalah hadiah terbaru dari Datin Sri Dato Hajah Siti Nurhaliza untuk para peminat beliau yang setia menanti album Irama sebegini dan amat merinduinya.

Lentera Timur yang menampilkan konsep irama global kontemporari muncul tatkala, irama sebegini semakin pupus ditelan zaman. Dengan Azam yang jitu dan sokongan padu dari insan-insan tersayang membuatkan Dato Siti Nurhaliza tampil dengan Album yang sungguh istimewa.

Lentera Timur mengandungi 11lagu yang telah disusun sebaiknya dan tidak perlu dipersoalkan kewibaan setiap lagu, ini kerana perhasilan setiap lagu adalah dari Pencipta, Penulis Lirik, Pemuzik yang terUnggul Di Malaysia, Indonesia dan yang terbaik dari AsiaTenggara ditambah pula ada antara mereka menerima banyak pengiktirafan dalam dan luar negara antaranya Fauzi Marzuki, M.Nasir, Habsah Hassan, Ad Samad, Suhaimi Mohd Zain (PakNgah), Katon Bagaskara, Adnan Abu Hassan
dan Johan Nawawi.

Oleh itu Jangan Lepaskan album ini yang telah berada di pasaran pada 26 Disember 2008. Selamat Menghayati Irama Kita ... Lentera Timur

p/s: Siapa lagi nak mengangkat irama ibunda kita sendiri jika tidak kita sendiri rakyat malaysia .. Selamatkanlah Ia sebelum Ia lenyap dari hawa telinga kita..

Blog Widget by LinkWithin