..:: clickz's ::..

Wednesday, February 11, 2009

LENTERA TiMUR

Lentera Timur
Album Lentera Timur adalah hadiah terbaru dari Datin Sri Dato Hajah Siti Nurhaliza untuk para peminat beliau yang setia menanti album Irama sebegini dan amat merinduinya.

Lentera Timur yang menampilkan konsep irama global kontemporari muncul tatkala, irama sebegini semakin pupus ditelan zaman. Dengan Azam yang jitu dan sokongan padu dari insan-insan tersayang membuatkan Dato Siti Nurhaliza tampil dengan Album yang sungguh istimewa.

Lentera Timur mengandungi 11lagu yang telah disusun sebaiknya dan tidak perlu dipersoalkan kewibaan setiap lagu, ini kerana perhasilan setiap lagu adalah dari Pencipta, Penulis Lirik, Pemuzik yang terUnggul Di Malaysia, Indonesia dan yang terbaik dari AsiaTenggara ditambah pula ada antara mereka menerima banyak pengiktirafan dalam dan luar negara antaranya Fauzi Marzuki, M.Nasir, Habsah Hassan, Ad Samad, Suhaimi Mohd Zain (PakNgah), Katon Bagaskara, Adnan Abu Hassan
dan Johan Nawawi.

Oleh itu Jangan Lepaskan album ini yang telah berada di pasaran pada 26 Disember 2008. Selamat Menghayati Irama Kita ... Lentera Timur

p/s: Siapa lagi nak mengangkat irama ibunda kita sendiri jika tidak kita sendiri rakyat malaysia .. Selamatkanlah Ia sebelum Ia lenyap dari hawa telinga kita..

1 Kritik!! :

  1. Madkin's Babyy said...

    waaa peminat siti mcm fairuz ehh ;DD

Blog Widget by LinkWithin