..:: clickz's ::..

Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

mana CiCAkMan?

kes stadium Runtuh?
ApaPunca nya?








alamak?


dimana.. cicAkMan???



kelakar laa korang nie.. dari cerita sedih terus jadi lawak... Kreatif sungguh bebudak kita nie yerk.. semua gambar nie.. aiman terima dari email.. ada2 jer.. bila aiman bukak je email ni.. gelak besar aiman.. hehehe.. Bijak Bijak... !!! anak malaysia la katakan ... wahh gitu patriotik nyerr.. hahaha..

Saturday, May 30, 2009

bOleh ca'yer ker nie?



          


Tarikh Lahir 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4 & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman



wowww... aiman punyer "Description" tuk Tarikh lahir aiman 22 mALATOP!!... ehehhe.. jangan mARAH yerkk.. pada Teman2 yang berkongsi Tarikh Lahir dengan aiman .. Welcome da Club hehehe...


ok Article yang aiman ambik ni aiman dapat melalui email Jadi jangan lah ada mempercayai 100% yerk.. kita jadikan ia cuma satu landasan dan sempadan tuk kita lebih baik, lebih hebat, lebih bijak, dimasa-masa hadapan yerk .... Hidup 22 ehhe.. tiba2 jer... Korang pulak mcm mane? Bila Tarikh lahir korang yerk... ??? mai la share dgn aiman yerk ...

Friday, May 29, 2009

bEtis? ~errmm~~~

Jasmin Hamid satu nama yang tak perlu kita perkenal kan lagi.. sememangnya antara Pelakon Wanita yang disenangi ramai dalam negara kita. Dianugerahkan dengan bakat yang Hebat dan mengagumkan.

Beri lah apa jenis Watak sekali pun sememangnya akan dibawa dengan berkesan dan Terbaik. Tapi apa yang aiman Pelik bin Hairan nya kenapa sekarang ini Jasmin selalu muncul dikhalayak ramai dengan ber Imej "SEKSi"? kalau dalam lakonannya boleh la kot sebab mengikut kehendak Jalan Cerita dan Watak itu sendiri ..

adakah kerna kini beliau berStatuskan "mak JAN" boleh berimej sebegitu? Untuk Menarik pERHATiAN? org kata la kan Bukan aiman kata ... ahaha.. makin tua makin menjadi pulak yek.. hehehe ... OPSSSSSS..!! laZerr plk..

yer laaa.. bukan apa Puan Jasmin Hamid tak perlu berImej sebegini, kerna Nama nya sudah gah.. aiman pun sendiri meminati Lakonan beliau, yang terbaru lakonan Jasmin Hamid yang aiman suka tengok adalah Watak Datin Sofiera dalam "Spa Q2" mmg CLas dan Diva ..

aiman juga terpikat sungguh dengan lakonan beliau dalam Drama Komedi terbaru di TV3 "Datin Wan Abe" .. Kelakar sungguh tengok lakonan nya, memang mengeletek perut aiman ... hehehe korang klu sempat nanti tgok la yerk.. hari selasa tak silap aiman hehehe

ok kat bawah nie ade 2 pic Exclusive yang aiman ambil dari site OhBulan .. apa kata korang yek tentang Pic nie? CANTEK? HEBAT? MenGiURKAN? SeKSi? apajela yerk....?


Jasmin Hamid, yang tampil mengiur’kan
dalam promosi drama Datin Wan Abe. adakah Jasmin Hamid
ingin mempromosi’kan drama lakonan’nya,
atau promosi betis milik’nya?

antara para pelakon sitcom "Datin Wan Abe" di TV3


Kredit Photo: Ohbulan

Wednesday, May 20, 2009

hOT.fm ter`gelincir


"Kajian Nielsen menunjukkan ERA kekal sebagai stesen radio no. 1 Malaysia, diikuti dengan SINAR di tempat ke-2, dan Hot FM di tempat ke-3. Ini merupakan kali kesembilan belas berturut-turut kajian Nielsen meletakkan ERA sebagai radio No. 1 Malaysia!"

"AMP makin bersinar!
Kekal menerajui industri radio Malaysia
Keputusan rasmi kajian Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2009 meletakkan ERA dan SINAR di kedudukan No. 1 dan No. 2 dalam senarai stesen radio pilihan rakyat
Malaysia."

Buat kali kesembilan belas berturut-turut, kajian Nielsen mengangkat ERA sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia, dengan jumlah pendengar mencecah 4 juta.ERA mempunyai kekuatan kelompok pendengar eksklusif, yang setia mendengar ERA pada bila-bila masa, iaitu seramai 572,000 orang.Menurut Nazri Noran, Pengurus Rancangan ERA, “Kami tidak menaruh harapan terlalu tinggi untuk kajian kali ini apatah lagi dengan pembaharuan yang dilakukan.


Kredit Article Original: sultanmuzaffar
Kredit Photo: erafm.com

SINAR melakar sejarah apabila meletakkan diri ke kedudukan ke-2 selepas ERA dalam senarai stesen radio paling popular. Berjaya mengumpul 484,000 lagi pendengar, stesen Muzik Retro Terbaik ini sekarang memiliki khalayak pendengar seluas 3.82 juta orang – angka paling tinggi yang pernah dicatatkannya setakat ini.. Perkembangan ini menunjukkan trend pendengar yang menggemari kandungan muzik yang lebih matang, terutama lagu-lagu daripada era retro yang gemilang.
kredit Article Original: sultanmuzaffar
Kredit Photo: sinarfm.com


"What happened to Media Prima?" tanya teman aku tentang HotFM yang jatuh ke tangga ketiga berbanding tangga kedua tahun lalu.

"Sekejap-sekejap Fara ada, sekejap-sekejap Fara tak ada. Sekejap-sekejap Faizal ada, sekejap-sekejap Faizal tak ada. Lepas itu, tak ada balance di antara iklan, lagu-lagu dan deejay yang merapu-rapu," balas seorang teman yang lain .
kredit Article Original: akubimbo
Kredit Photo: hotfm.com


mcm tu laa lumrah dunia sekejap kita dibawah sekejap kita diatas .. tapi disini aiman tak boleh nak membuat komen Panas-panas atau kata lain nye komen lebih-lebih ini kerana sekarang ni pun aiman tak berapa dengar sangat radio nie...

ok.. kalau aiman di dalam kereta, aiman lebih gemar mendengar CD lagu, yang OrigiNal ok.. sape lagi kalau bukan dari CD dari Dato SitiNurhaliza Taruddin... Jarang sgt2 laa dengar radio ni.. diantara sebabnya Radio sekarang ni banyak sangat iklan, colotehnyer sikit je.. pastu lagu2 kadang-kadang tu tak menepati cita-rasa aiman.. Bosan laaa..!!

kalau di office pulak aiman selalu dgr koleksi MP3 aiman, lagu jer terus terusan tak de Iklan Tak der DJ yang merapu.. baru semangat nak buat kerja.. heheh..


ok disini aiman nk tegaskan lain orang lain ragam nyer kan.. lain pulak caranya.. mkin setengah tu suka dengar iklan di radio .. ada pulak orang suka dengar suara DJ yang keudara.. macam2 ragam manusia yang tak boleh dijangka kan..

nak dijadikan cerita.. ehhe aiman tadi ade la dengar Radio Era mase tu segmen 10-1 di ERA bersama Reza Mohammad .. yang boleh aiman katakan sewaktu Reza mengendalikan sLOT dia Ni memang BEST dan Happening !!


cara dia layan peminat, pendengar, jawab panggilan memang kelakar.. buat aiman tergelak sorang2 kat office tadi .. Lagu yang keUdara pulak UP2DATE..!! dgn kata lain patut la Graf pendengar ERA melonjak..!! adakah mungkin Resepi baru Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran telah berjaya?

yang menjadi tanda tanya sekarang nie adakah HotFM telah hilang taring nya.. aiman peminat setia FaraFauzana Ikhwan FaizalIsmail dan Sharifah Aleya .. 4 DJ HOTFM yang aiman boleh katakan Sporting Baik dan TakSombong!! aiman cakap berdasarkan pengalaman tau..

ERA.. PakNil Nana AdiFashla Dina Reza memang kalau berjumpa dengan dieorang nie memang tak berhenti bercakap.. memang Ramah-Tamah giler dieorng nie.. Happening!!


Sinar.. LindaOnn AbbyFana RajaAzura wanita matang yang aiman respect!! kerna mempunyai iLMU didada yang tebal... Hebatttttttttt!!!


Nama-nama yang aiman sebut diatas itu sebenarnya sebahagian daripada Juruhebah terkenal dinegara kita yang pernah aiman bersua muka.. kalau nak di ikutkan ramai lagi Juruhebah yang kita ada..

antaranya Kieran(HOTFM), KhairilRashid(SINARFM), Anne(HOTFM), AG(HOTFM), Kartini(HOTFM), Burn(ERAFM), Cham(ERAFM), Ray(ERAFM),DinBeramboi(ERAFM),Najman(SINARFM), NilaKurnia(SINARFM),JamalJamaludin(SINARFM).

ermm itu la Dunia Radio negara kita, siapa hebat akan terus berada diPuncak ..!! Menuju Puncak hehehe.. dan aiman harapkan yang lain janganlah memandangnya sebagai bebanan tetapi mengambilnya sebagai cabaran untuk meningkatkan lagi kualiti Anda sebagai JuruHebah yang diHormati... chewahhhhh!!! hhehe... Jpe lagi hahaha..



Kredit Photo: Hotfm.com. Erafm.com, Sinarfm.com

Blog Widget by LinkWithin