..:: clickz's ::..

Thursday, April 30, 2009

Dato' Siti Dah Cipta Rekod Dunia?


KL 30 APRIL 2008: Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita yang Murai Batu tulis ni. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, Murai Batu nak nyanyikan lagu "Percayalah....." kepada korang.

Siti dah cipta rekod dunia? Rekod apa tu?

Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.

Pada kajian Murai Batu, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?

Tapi Murai Batu perlukan bantuan semua peminat untuk tolong semak kenyataan Murai Batu ini. Mana tahu kalau-kalau ada artis yang tidak pernah kita tahu di Russia ke, Alaska ke atau mana-mana ceruk negara di dunia ini mencipta kejayaan sebagaimana Dato Siti. Murai Batu sangat-sangat menghargai bantuan korang tu dan sedia membetulkan fakta ini demi kebaikan bersama.

Mendengar kata-kata Murai Batu itu, editor murai.com.my pun terus menghubungi Pengerusi ABPBH iaitu Kak Cham.



"Terima kasihlah kepada Murai Batu kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.

"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.

"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham dengan teruja. Haa, tapi ingat, jangan lupa , Murai Batu masih memerlukan bantuan korang juga untuk menyemak fakta sebelum pengumuman rasmi dibuat. Cayalah Dato Siti!

MURAI BATU: Benarlah kata Laksamana Hang Tuah - Takkan Melayu Hilang Di Dunia.


kredit Article : murai.com
Kredit foto : murai.com

0 Kritik!! :

Blog Widget by LinkWithin