..:: clickz's ::..

Sunday, May 3, 2009

LENTERA TIMUR - ALBUM TERBAiK


Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 3 MEI 2009: Usaha Dato’ Siti Nurhaliza menggabungkan 11 barisan produser album tempatan di dalam album projek pop etnik, Lentera Timur yang diterbitkan secara usahasama dengan pihak MACP membuahkan hasil cemerlang buat diri beliau.

Album tersebut bukan saja dinobatkan sebagai Album Pop Etnik Terbaik tetapi juga turut diangkat sebagai Album Terbaik secara keseluruhannya pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Antara produser album yang ditampilkan di dalam album ini adalah Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzai Marzuki, Pak Ngah, Arwah Zubir Ali serta Siti. Siti turut melengkapkan kemenangan manisnya itu apabila dia sekali lagi mememangi Persembahan Vokal Di Dalam Lagu (Wanita) bagi kali yang ke-10 iaitu satu lagi sejarah dalam AIM selepas ABPBH.

Selain itu, lagu Di Taman Teman mendapat anugerah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Namun Siti tidak hadir malam tadi dan diwakili kakaknya, Saida, kerana ketika ini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.
sumber : harian metro



KUALA LUMPUR - Datuk Siti Nurhaliza malam tadi merangkul empat anugerah utama pada Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini.

Anugerah yang diraih ialah Susunan Muzik Terbaik, Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Penyanyi nombor satu negara itu juga berjaya mengekalkan kejuaraannya seperti tahun sebelumnya menerusi Persembahan Vokal Terbaik (Wanita).

Dengan kemenangan itu juga, Siti Nurhaliza yang tidak dapat hadir malam tadi kerana sedang mengerjakan umrah berjaya mencipta sejarah apabila memenangi gelaran tersebut buat kali kesepuluh sekali gus menghampakan tiga calon lain iaitu Ayu, Dina dan Shila.
sumber : kosmo




Tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza dan produksi yang bekerja keras untuk menerbitkan ALBUM TERBAIK! Setinggi penghargaan buat komposer dan penulis lirik yang sudi menyumbangkan hasil muzik bagi meneruskan kesinambungan irama tradisional!


Selepas 14 tahun bergelar anak seni, Dato’ Siti Nurhaliza membuktikan dirinya masih berbisa apabila berjaya memenangi empat anugerah – Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Album Pop Etnik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – di AIM16. Nampaknya sehingga kini, tiada siapa yang mampu mengugat kedudukannya di dalam industri. sumber: calmille


kredit Article : HMetro, Kosmo, Calmille
kredit Photo: SitiZone, Calmille, Utusan

0 Kritik!! :

Blog Widget by LinkWithin