..:: clickz's ::..

Monday, May 4, 2009

Transformasi Ape-ke-ja-dah-nye?!!!



Geram betoi laaa dgn AKADEMi FANTASiA nie? aper ketidak nya.. Transformasi sering kali di laungkan baik dalam diari, diari EXT, diari iNT dan jugak Konsert mingguan pelajar.. tetapi knp kite masih lagi harus toleh kebelakang.. Kenapa Perlu adanya AF-MASUK? tuk para pelajar yang telah ditamatkan biasiswa nya dalam Akademi? ini sememangnya TIDAK ADiL!! ini bukan kerana empat pelajar yg masih tinggal (isma hafiz yazid akim) di Akademi adalah pelajar yang aiman SUKA yang aiman UNDi ataupun pelajar yang aiman sayang sgt2 ohhh sama sekali tidak!!!! utk musim nie pelajar kegemaran aiman sudah tentu nya Zizi dan Qhaud tapi malang nya dan apa boleh buatkan mereka sudah tiada rezeki di akademi, ini semua permainan duniawi.. kita cuma perlu redha dan bak kata Qhaud TAWAKAL dan terus BerDOA!!

Apabila wujudnya AF-MASUK ia sama sekali tidak adil tuk para pelajar yang masih kekal dlm akademi!! ini satu Konspirasi dan satu pengkianatan tuk pelajar.. dan ini bagaikan memainkan undian para peminat dan penonton akademi fantasia!! mkin ada yang suka kerna pelajar kegemaran mereka diberi peluang ke2 tp bg pendapat peribadi aiman ia nya tidak harus berlaku kerana Zaman AF-MASUK sudah berlalu kini zaman TRANSFORMASI kena ada perubahan..

kita sudah ade pemenang tuk AF-MASUK iaitu LINDA NAWAWiL tuk AF musim ke2 dan LOTTER tuk musim ke4 tp mana mereka sekarang? adakah mereka segah ViNCE(Juara musim1)? adakah mereka sehebat STACY(Juara musim6)? adakah mereka sePOPULAR MAWi(Juara musim3)? adakah mereka selincah ZAHiD(Juara musim2)? adakah mereka berjaya seperi MiLA(Juara musim5)? ataupun mereka sama sahaja dengan nasib FAIZAL juara tuk musim4? ohhh tidak!! bukak la mata wahai teman2 ku semua




ADiLA RiNi OBRi RUBiSA ZiZi SiDi QHOUD ARiL CLAUDiA dan AiSHAH.. 10 Nama merebut peluang tuk di beri peluang ke2, 4 pelajar diatas (gambar dari kiri Zizi Qhaud Aril Aishah) adalah pelajar yang cukup popular dan hebat dewasa ini yang dijangka merebut peluang itu tapi adakah kita terfikir apakah nasib mereka kalau diberi peluang ke2 itu? adakah mereka benar2 hebat atau sekadar mereka Popular mahupun kesian dan simpati kerana mereka tersingkir!! ini sebahagian dari persoalan yang bermain difikiran kita sebagai manusia biasa..


Principal Tiara, Tenaga Produksi, Tenaga Pengajar, dan Astro sendiri seharus nya berfikir dengan lebih jauh lagi kemana arah tuju Akademi Fantasia yang harus pergi bukan kerana drama semata2, ini kerna Perasaan pelajar itu sendiri yang berjuang dan Wang Ringgit yang dilaburkan utk mereka bergelar juara.. Cukup la yang lepas2 tue..


Mana pergi nya pegangan Pihak Produksi yang mengata kan "TIDAK ada lagi AF-MASUK tuk tahun ini?" manakah perginya Transformasi yang dijanji kan?


adakah ianya sekadar untuk mengaburi mata kita yang sememangnya telah dikaburi dengan permainan Akademi selama ini? ataupun ada pelajar kegemaran pihak astro yang tersingkir? ataupun ada yang "MAKAN LUAR" untuk wujud kan AF-MASUK? ataupun Transformasi yang dijanjikan selama ini ianya hanya omong2 kosong yang hanya Gimik semata2

dan rupa2nya Akademi Fantasia 7 ni masih lagi di takuk lama!! dan yang paling busuk sekali transformasi ni hangat2 taek ayam ke??........ uhhhh tidakkkkkkkk!!! banyak nya persoalan yang tiada jawapannya........ ahhhhhhhhhhhh.. Aiman tertipuuuuuuuuuuu......






di atas adalah klip video persembahan menuju puncak yang paling terbaik yang pernah aiman tonton.. tarian dan gerak geri pelajar boleh dikatakan sempurna pada minggu itu (minngu ke6). syabas aiman ucapkan pada Cikgu Aris dan Para pelajar itu sendiri.. Tahniah!!!!

kredit Photo : klubbkidd.com, sultanmuzaffar, murai.com
kredit video: youtube.com

1 Kritik!! :

  1. aimanhaQimy said...

    kalau leh JANGAN la ada afMasUK!! x best la cam nie? kesian kat Hafiz Akim Isma Yazid dan para pengundi yang laen yang telah bersusah payah Vote supaya mereka kekal alih2 ade AF MASUK!! x ke rase mcm diRANCANG? atau mempermainkan Penonton dan Pelajar itu sendiri.. mmg klu ditanye pelajar tue dari kaca kemera mmg la kata setuju dan pilih sekian2 name tuk diserap kan tp dlm hati hanya tuhan sahaja yang tahu.. ERMM ni smua permainan duniawi,!!

Blog Widget by LinkWithin