..:: clickz's ::..

Sunday, May 17, 2009

Hafiz AwesOme!!


Tahniah Hafiz! Impian Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip kini telah menjadi kenyataan.

Juara Akademi Fantasia 7 ini yang dilahirkan pada 27 Februari 1990 sememangnya layak mendapat Gelaran itu. Kita sebenarnya tidak perlu lagi pertikaikan kemenangannya, ini kerana kehebatan, kemampuan dan kebolehannya telah pun teruji selama 10 minggu dalam AkademiFantasia.

Pelbagai Genre Muzik telah diberi kepadanya sebagai ujian mingguan antaranya untuk Genre Pop "Lagu Kita" nyayian asal Aizat untuk minggu pertama, Genre Tradisional "Cinta Ini" nyayian asal Dato SitiNurhaliza pada minggu ke4,

Genre Rock "Kapak" dengan lagu "Pak Belalang" dari kumpulan kristal untuk minggu ke 6, pada minggu ke 7 pula Genre Hip Hop yang dikatakan sungguh menguji kemampuan nya dengan lagu "Kau Yang Punya" nyayian asal Malique ft Najwa.

10 minggu Hafiz telah cukup mentransformasikan dirinya dari pada nyayian yang biasa kepada nyayian yang mengagumkan. Sebenarnya dari minggu pertama lagi Hafiz telah meletakkan dirinya di suatu tahap yang tinggi dan berbeza dari kalangan pelajar yang lain.

Hafiz juga telah pun berjaya menunjukkan persembahan yang hebat dan memukau pada setiap konsert Mingguan Akademi Fantasia 7. Persembahannya berjaya menambat hati dan terus di ingati sehingga kini oleh Penonton, Peminat dan yang paling penting Pengundi beliau.

Antaranya adalah dari Minggu ke 2 dengan Tema "Medley" lagu yang disampaikan oleh nya adalah "Cinta Ini Membunuhku"(D-Masiv) + "Toyol"(Aznil) persembahan medley yang dikatakan paling berkesan dalam kedua2 lagu yang dibawanya,

pada minggu ke5 Hafiz di uji dengan tema "Duet" Hafiz digandingkan dengan Mila Juara AF5 untuk lagu "Terlanjur Cinta" nyayian asal Rossa dan Pasha (vokalis kump. Ungu) dikatakan Persembahan Duet paling Baik dari segi Kawalan Vokal untuk minggu tersebut.

Seterusnya untuk minggu ke 8 dengan tema yang paling hebat sepanjang musim Akademi Fantasia musim ke7 ini adalah "Teater Muzikal" yang mana Hafiz telah digandingkan dengan pelajar bernama Isma. Hafiz hebat membawakan lagu "Dimanakan Ku Cari Ganti" yang mana adegan Teaternya dipetik dari "PRAMLEE THE MUSICAL" persembahan mereka berdua dikatakan Persembahan yang Paling Hebat yang pernah dihasilkan oleh Pelajar AkademiFantasia.

Persembahan yang paling menonjolkan Kekuatan Vokal Hafiz dan ianya terus mengangkat Hafiz sebagai Juara musim ini adalah persembahan Emosinya iaitu untuk minggu ke 9 dengan membawa lagu "I Believe I Can Fly"(R Kelly). Persembahan ini dikatakan persembahan lagu inggeris terbaik yang pernah disampaikan oleh seorang pelajar akademi fantasia. sebutan untuk bahasa inggeris nya amat baik.

Untuk malam akhir semalam, Akademi Fantasia Hafiz telah pun bejaya memukau penonton dengan 2 persembahan yang bertenaga, lagu pertama adalah lagu Popular Anuar Zain iaitu "Kau Bunga Cinta ku" dan lagu kedua merupakan single pertama hafiz yang dicipta khas oleh pencipta tersohor Aidit Alfian dan Penulis Lirik Terkenal Ad samad lagu yang diberi judul "masih Jelas". Lagu yang dikatakan amat sesuai sekali dengan alunan suara beliau. SyaBas Hafiz!!

Itu la Hafiz, yang aiman kenal dikaca TV. Sememamgnya layak diangkat sebagai Juara Akademi Fantasia musim ke7. Walau apu jua yang berlaku terhadap Hafiz tapi untuk tagline "Transformasi" bagi aiman ianya amat Berjaya.

kini Anak kelahiran sarawak ini membuktikan ianya amat berbakat setanding dengan nama-nama besar penyayi lelaki negara dan selepas ini kita hanya perlu berDoa agar kerjayaan dan bakat muda yang beliau ada tidak disia-siakan oleh pihak-pihak tertentu.. dan jangan lah ade perasaan Pilih Kasih antara mereka..



dan kita disini lapang kan dada dan bukakan kan minda menerima Hafiz dengan seadanya tanpa sebarang perasaan kurang senang terhadapnya, berilah beliau Ruang dan Peluang untuk beliau menonjolkan bakat yang sememangnya diPinjam sementara dari illahi.. Sama-sama la kita nantikan Hafiz di persada muzik negara, dengan kata kata Akhir dari aiman kepada hafiz.. Selamat Datang Hafiz ke Dunia Seni Suara



Hafiz memperolehi undian sebanyak 46%, berjaya menewas’kan
4 finalis AF yang lain seperti
Aril (22%), Akim (18 %), Yazid (9 %) dan Isma (5%)




Kredit Photo: sultanmuzaffar, murai, mstar
Kredit Video : Youtube


4 Kritik!! :

  1. f said...

    dat was the most horrible AF final ever!!!!

    yikes~

    thank God hafiz menang

  2. Anonymous said...

    yeah...HAFIZ terbaek!!!!!

  3. Dota Melayu said...

    af??
    ape tu??
    nasik ayam ke??
    lalala~

    daku sudah tidak tgk AF sebab aku rase sudah tidak best dan klishe..

  4. From Me to WE said...

    Apa yg kita dpt dgn m'ikuti AF pd stiap siri? Malaysian Idol? TOm2 bak? Mentor? Renungla blik..:)

Blog Widget by LinkWithin