..:: clickz's ::..

Thursday, May 14, 2009

JUARA AF7 ?

Hafiz juara AF7 pilihan selebriti!

ASTRO sekali lagi akan menobatkan ikon baru atau Juara Akademi Fantasia musim ketujuh Sabtu ini.Jika ditanya siapakah yang paling layak, jawapan selamat tentulah 'SMS anda penentunya.'Segala telahan atau ramalan menjurus kepada siapakah peserta favourite musim ini
- Aril, Akim, Hafiz, Isma, Yazid?.Atau Fan Club (FC) mana yang paling ramai membelanjakan wang untuk undian SMS.

Di waktu-waktu begini, semua FC akan berkerja keras memastikan kemenangan idola mereka.Banyak juga spekulasi yang dibuat oleh bloggers di saat-saat akhir begini.

Perkara pertama yang diambilkira ialah lagu jenis apa yang diberikan kepada lima pelajar akhir AF7? Jika lagu itu merdu dan popular, ini satu laluan mudah untuk menambat hati pengundi.

Kedua, faktor komen juri dan 'permainan media'. Berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat dan merujuk kesemua faktor di atas, bacaan yang tepat untuk mengetahui siapa Juara Af7 amatlah mudah.

Sentimen kuat ke arah pelajar berambut kerinting, Hafiz tapi memandangkan lagu yang tidak berapa komersial yang diberikan, ianya bagaikan satu tanda tanya.

Elemen kejutan juga tidak boleh dinafikan. Begitu juga permainan drama di konsert akhir Sabtu ini perlu diambil kira.

Ketika soalan ..."Siapakah paling layak bergelar juara AF7?" diajukan kepada pembaca-pembaca mStar Online, rata-rata memilih pelajar dari Kuching, Sarawak iaitu Hafiz yang mendapat 34.6%, diikuti oleh Isma 20.9%, Akim 17.1%, Aril 16.2% dan Yazid 11.3%.

Mungkin juga soalannya kini, bukan siapa yang akan jadi Juara Af7, tapi lebih tepat rezeki siapa?

Akim Aril Isma Hafiz Yazid

APA KATA
SELEBRITI / PERSONALITI


Amy Mastura:
"Saya pilih Aril sebab saya nampak dia cukup menyerlah. Dia ada keistimewaan tersendiri walaupun pernah tersingkir sebelum ini. Bukan saja bidang nyanyian, saya rasa dia juga boleh ceburi bidang lain juga seperti lakonan."

Anita Sarawak:
"Sejak awal lagi saya dan suami, Abang Mahathir memang suka dengan Hafiz. Bagi saya, dia menampakkan kesungguhan untuk berjaya sejak awal-awal lagi. Dia mengingatkan saya dengan diri sendiri ketika muda dulu yang mana saya juga sentiasa bersungguh-sungguh untuk berjaya. Dia masih muda dan dan mempunyai personaliti yang baik."

Ramli MS:
"Saya hanya sempat melihat beberapa konsert saja. Bagi saya, pelajar yang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budak ini berbakat besar."

Misha Omar:
"Secara keseluruhannya, saya nampak Hafiz yang konsisten. Dia nampak cukup jujur. Dan apa yang penting, Hafiz mampu bawakan pelbagai jenis genre lagu. Masanya masih panjang dan saya tahu dia boleh berjaya dalam industri ini."

Vanidah Imran:
"Saya jarang berpeluang manyaksikan konsert AF, tetapi sejak dua tiga minggu lalu, saya dapat menonton. Dan saya memang terpukau dengan kehebatan vokal Hafiz. Minggu lepas saya memang suka sangat dengan persembahan Hafiz menerusi lagu I Believe I Can Fly. Memang nampak kesungguhannya."

Fauziah Latiff:
"Saya pilih antara Hafiz atau Aril. Kedua-duanya ada aura tersendiri. Aril mempunyai pakej lengkap sebagai artis manakala Hafiz pula ada kekuatan dari segi vokal dan saya lihat dia mempunyai karektor yang 'warm' serta menggambarkan seorang budak yang baik."

Fouziah Gous:
"Saya rasa Isma ada potensi untuk menang. Mungkin ada yang merasakan suaranya mirip Datuk Siti Nurhaliza, tetapi saya rasa dia tetap mempunyai vokal yang bagus."

Kudsia Kahar:
"Saya pilih Hafiz kerana dia konsisten selama sembilan minggu dan versatil. Campaklah lagu apa pun, dia tetap boleh buat. Dari awal lagi, Hafiz sudah serius dan memang ingin menjadi juara. Dia mempunyai kehendak dan menggunakan ruang atas pentas dan masa untuk meyakinkan penonton dan pengundi.

"Jika tidak Hafiz, dua pelajar lain yang boleh mengangkat trofi juara adalah Akim dan Aril kerana persembahan mereka semakin meningkat sejak minggu keenam."

Nabil:
"Bagi saya, yang betul-betul berbakat adalah Hafiz. Jadi, saya pilih dia sebagai juara. Selain berbakat, dia mempunyai suara tersendiri dan dapat menyampaikan lagu dengan baik."

Stacy:
"Saya pilih Hafiz sebab dia konsisten dan saya suka menonton persembahannya. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki kerana jika diikut pada kelayakan, semua finalis layak untuk menang."

Dina:
"Saya nak Hafiz menang AF7 sebab saya meminatinya sejak minggu pertama AF7 lagi dan dia mempunyai kualiti yang unik."

Norish Karman:
"Saya doakan Hafiz menjadi juara AF7 kerana dia mempunyai segala-galanya. Dia boleh menyanyi apa-apa lagu yang diberikan dan menerima setiap kritikan. Saya rasa dia boleh menjadi 'big star'. Kita kena beri peluang kepada seorang 'performer' yang bagus sepertinya."

Siti Sarah:
"Saya meramalkan juara AF7 bakal digondol oleh Hafiz , Isma dan Akim . Hafiz berbakat besar, satu pakej yang lengkap untuk penyanyi dan penghibur dan mampu menyampaikan lagu dengan baik sekali.

"Bagi Isma , saya dapat rasakan dia bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik. Akim pula dapat memberikan persembahan menarik dalam keadaan bersahaja."

Syamsul Yusof:
"Saya rasa, Hafiz ada ciri-ciri seorang juara. Dia 'down to earth', berbakat dan ada cara tersendiri. Tapi apapun, saya rasa mungkin dia akan bersaing sengit dengan Aril."


kredit Article : mstar
kredit Photo : mstar, budiey

9 Kritik!! :

  1. Fairuz Selamat said...

    takde yang pilih fairuz selamat pun...
    uwaaa

  2. Nur Aainaa Khairunnisa said...

    pilihan aainaa akim atau hafiz...tapi cam aril je yg menang....

  3. aimanhaQimy said...

    alaaa fairuz ni babab kung baru tau.. ... tahun dpn msuk AF @ OIAM yerk..

  4. aimanhaQimy said...

    ermmmmm aiman x kesah klu Hafiz Isma Akim @ yazid yg menang TAPI jgn la ARiL............. x aci laaaa.. !!! kecian yg laen..

  5. Nur Aainaa Khairunnisa said...

    erk....fairuz ader ke tersenarai?? erm.....tahun depan k....hehee...=)

    ntahla bila membabitkan sms ni susah nak jangka la aiman......

  6. EJAY said...

    uiii... seronoknya baca ni. nmpknya artis2 pun ramai yg pilih hafiz, dan oleh kerana aku pun pilih hafiz... so aku pun mcm artis gak la. hehe.

    aku harap artis2 ni tunjukkan sokongan diorg dgn mengundi hafiz gak.

    apa pun, mmg ini soal rezeki. tp at least kita kena usaha supaya rezeki tu tak jatuh kat tgn org yg tak sepatutnya menang!

    just an honest thought,
    ejay

  7. aimanhaQimy said...

    btoi tu aainaa.. tp GERAM laa.. mmg tak suker adenyer AF MSUK!!!! GERAM arrrrrrrrrrrrrrrghhhhhhhh

  8. aimanhaQimy said...

    mmg betoi tue ejay .. !! aiman sokong tu kiter mmg kena harus myokong pd sesiape yg sepatutnyer mng . bUKAN sekadar POPULAR jer.. tp BAKAT ada tp ALAKADAR je kan.. BOIKOT!!!!!!

  9. Nur Aainaa Khairunnisa said...

    sabar aiman...sabar....=)

Blog Widget by LinkWithin