..:: clickz's ::..

Thursday, May 21, 2009

ARiL penyebabnya?

Hanya trofi sahaja?
oleh: utusan (20/05/2009)

PAPA rasa kasihan apabila melihat nasib yang menimpa pemenang tempat kelima Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Ismaliza Ismail atau Isma.

Bukannya apa selepas 10 minggu bertungkus-lumus berusaha untuk memberikan persembahan yang sebaik mungkin, ganjaran yang diterima Isma hanyalah sebuah trofi sahaja.

Biarpun persembahannya hanyalah biasa-biasa sahaja, tetapi apalah salahnya berikan hadiah yang setimpal dengan kedudukannya di tangga kelima tu.



Kalau enam musim lalu, finalis yang mendapat tempat yang sama pun dapat hadiah. Mustahil juga Isma tak layak nak dapat hadiah. Walaupun zaman tengah gawat ketika ini, mustahil tidak ada sedikit pun habuan untuk Isma.

Ataupun mungkin hadiah sebenarnya sudah disediakan tetapi memandangkan kemasukan semula Aril pada minggu kesembilan menyebabkan semuanya berubah.

Jadi, mungkin waktu begitu singkat untuk mencari penajaan bagi pemenang tempat kelima.

Kesudahannya bawa balik trofi sahaja.Papa terfikir juga adakah ini dikatakan salah satu transformasi AF7 dengan memberi trofi sahaja?

Kredit Article: Utusan



kalau benar la bagai dikata..
kesian nya dengan Isma bintang Akademi Fantasia 7,
Aiman simpati dengan nasib nya..
selepas bertungkus lumus selama 10 minggu
berbanding "AFMASUK" cuma 8 minggu,
Isma hanya layak diberikan Trofi je ke.. ?
mane letaknya keADILan ..?

Kredit Photo: Utusan, murai, mstar

4 Kritik!! :

  1. Anonymous said...

    ni sume dah dirancang...

  2. edan coba said...

    tu laahh...
    edan pon rasa cm x patut sngt!!!!
    Isma saban minggu mmbuat psembahan yg terbaik... Tp management pndang sbalh mata jer..
    mungkn ka krana undian akhir yg isma trima sbnyk 5% maka tidak layak die mnerima hadiah?
    hmmm... @ astro dh ader plain yg gempak utk Isma!!! Mner tau album full kaa?!!! :D

  3. aimanhaQimy said...

    mmg iEz and mr.Tipso.. mmg dh rancang nie.. kecian aiman tgok ISMA.. berusha- punya berusha bwk balik TROFi je.. kan.. baek x payah jadi finalist.. same jer dgn bebudak yg tersingkir tue kan..

  4. aimanhaQimy said...

    edancOba.. harap2 mcm tue la edan.. yang baek tuk ISMA.. klu FULL alBUM tue mcm tak cayer jer.. coz bintang2 AF yang laen pun bertahun2 baru dpt full album.. ini kan isma ? x tau la kan klu rezeki die.. klu FULL alBUM mesti lagu semua ciptaan suami dia kan jheheheh..

Blog Widget by LinkWithin