..:: clickz's ::..

Tuesday, March 10, 2009

GengSeluarKetat - EdisiKhas "Pandot 2"

entri ini adalah dari blog KakakAngkat ku Pandot(GengSeluarKetat)..untuk mengenali kakPandot dengan lebih dekat bleh layari blog kakPandot http://bdk-uitm-perlis.blog.friendster.com


"realiti VS fantasi GSK"

erm, tak reti aku nak gambarkan perasaan masa mula2 GSK sampai ke rumah aku. sampai2 je, anak kedua macan dah nanges2. yerlah, tengah tido tiba2 je terganggu tidonyer. aku dapat sms seawal pukul 5:30 pagi daripada macan. dia tanya aku dah bangun ker tak? aku kata.. dah dia sms aku terjaga ler. tau2 je dia call.. dia kata dia on the way dari rumah tepon, (manjung) dan sekarang dah sampai kat tempat banyak pokok kelapa (seberang perak).
aku pun terus… HAAAAA!!!!
giler pe? baru pukul berapa tuh? terus aku melompat dari katil, pergi ke bilik mak abah. masa tu mak abah dah bangun dan tengah solat tahajjud. pastu aku kasitau yang dia orang semua on the way ke rumah. dah sampai area seberang perak pun. mak abah terus kelam kelibut. aku dah terlanjur bangun pagi.. terus ler solat tahajjud dan sewaktu dengannya. lepas abes solat subuh, abah pergi ke kedai yang bukak awal.. nak beli barang2 masak. aku plak ke dapur goreng nugget. masa tu aku dah kejutkan aimi (aimi tumpang aku balik teluk intan).
tengah aku menggoreng, macan 3g dgn aku. dia kata dah sampai teluk intan, tengah minum2 kat pekan teluk intan. melompat aku rasanya. masa tu mak dah mula memasak skit2. tak lama pastu dia orang call aku.. tanya camner nak datang rumah. ah sudah.. nak tergelak pun ada. kata pandai sangat terjah orang. rumah orang len semua leh terjah.. TAMAN SERI SETIA tempat yang paling glamer kat teluk intan takleh nak terjah. hahaha.. biler ditanya, alasannya rumah aku kat bahagian dalam, jadi takleh jumpa. chet!
biler sampai je aku tengok semua muka mamai2. rupa2nya tak tido dari malam tadi. lepas bertolak dari kuala kangsar, dia orang pergi ke rumah chuk di ipoh, pastu turun ke rumah tepon di manjung.. dan terus ke rumah aku. rasa nak nanges pun ada. entahlah! perasaan dah bercampur baur. patam dan macan bawak anak2 dan isteri dia orang. kawan2 GSK kira lengkap.. semua ada kecuali opah dan chuk yang takleh nak datang sbb ada hal peribadi.
dia orang sampai je, aku layan dia orang. yang peliknyer adik beradik lelaki aku muncul nak salam je.. pastu semua lari dalam bilik, pastu lari ke dapur. (biasalah, dia orang nih semua pemalu). menggigil badan aku. kaki tangan aku dah seram sejuk. aku try control.. cakap selamber macam dalam room je. padahal hati.. Allah je yang tahu. pastu dia orang mintak aku mainkan lagu kat piano.
aku malu sangat2. aku dah ler tahu satu dua lagu je. pastu aiman siap record lagi. sampai salah2 main pun ada… adoi. lantak ko lah. nak sangat record.. letak jelah.
lepas aku abes main piano, makanan dah siap. semua pun turun makan. aku makan ler… dengan tak sabornya. sbb aku terlalu lapar. (yelah, dah bangun awal, mestilah perut dah berkeroncong). tetapi akhirnya selera aku terbantut apabila aku diusik kaw2 oleh patam. adoi.. patam nih mmg selamber betoi. macam mana dia dalam cf, camtu gak dia kat alam nyata. muka aku sampai jadi merah macam tomato masak lepas diusik patam camtu.

aku tengok muka dia orang dah mamai2 je. ada orang mohon izin nak mandi. yang lain ada malu2 nak mandi kat rumah aku. yang pempuan senang je aku setel, soh je mandi kat bilik air aku. yang lelaki.. dia orang mandi ler kat bilik air lain. dalam keadaan tuh, aku tengok macan dgn patam dah terlena atas sofa. aku pujuk dia orang tido dalam bilik. mati2 tak mo. patam mula2 tido duduk.. alih2 turun ke atas lantai dan tido atas tikar. aku rasa tak sedap ati, aku panggil ngah. aku soh ngah pujuk dia orang tido dalam bilik. mati2 tak mo gak. alih2 ngah bagi cadangan ambik tilam dari bilik.. dan bentangkan untuk dia orang. biler dah letak camtu… bukan setakat macan dgn patam, semua lelaki lain tumpang sekaki.. tergolek atas tilam. kami ambik ler semua bantal sekali. kesian plak tengok dia orang kepenatan.

pastu dia orang terjaga. rasa tak selesa kot, pasal tak mandi dan juga pasal terbaring kat tengah2 ruang tamu rumah aku. alih2 dia orang menggelisah nak check in kat hotel. abang aku setelkan untuk dia orang. mana yang dah mandi tinggal kat rumah aku. kafin mula2 kata tak boleh nak tido.. alih2 tido lena atas tilam, sampai tak perasan yuda datang dgn mak ayah dan adik dia.
tak lama pastu, lepas dia orang abes mandi, rehat kat hotel, dia orang sampai kat rumah. masa tu kawan chat aku, mi… sorang kawan chat aku yang bukan GSK datang dgn isteri dgn anak2 dia. masa makan tengah hari, abah baca doa selamat. yang kelakarnyer, biler sebut doa selamat je tepon dah menggeletar. dia takot aku soh dia baca doa kot. padahal abah aku yang nak baca doa.

lepas makan tengah hari… aku pun masuk dalam bilik nak solat. pastu mula rasa tak sedap hati. adoi…. aku terus cakap dgn abang2 aku.. aku rasa tak sedap hati. dia orang pun rasa benda yang sama. aku kata, soh prepare apa2 yang patut. lepas aku solat, rasa penat. aku kuar dari bilik.. aku cakap dgn adik beradik aku yang dok kat dapur tengah makan sambil sembang2. aku geleng2 pale…dan aku on surah al-baqarah dalam hp aku. abang2 aku faham… tak lama pastu… (again.. it happens… menyampah aku biler citer bab ni).

kawan2 aku kat depan semua terkejut. yang ada anak2 kecik terus beredar nak selamatkan anak2 dia orang. mi balik pun tak sempat jumpa dgn aku. isteri patam dan isteri macan balik ke hotel bawak anak2 dia orang. masa tu aku tengok, aus dengan patam datang ke dapur, offer diri nak baca yassin. abang2 aku yang pegang badan aku.. biler stabil skit dia orang bacakan untuk aku di dapur. alih2… benda tu panas dan mengamuk.. dan kali ni abah aku jadi mangsa. (kena cakar, dan gigit). pastu baru dia beredar. tu pun dalam keadaan aku merangkak sampailah ke pintu depan. dia orang ikut sampailah ke depan.. baca yassin sambil berdiri.

lepas tu.. aku masuk dalam bilik. nak rehat. tak lama pastu, kawan2 yang balik hotel tadi semua sampai. aku tengok, macan sembang panjang dgn abah. aku dah malu giler… lari dalam bilik. nanges. aku tak suka kalo kawan2 aku nampak keadaan aku camtu. macan cakap dgn abah yang dia mmg tahu aku sakit camtu, semua kawan2 lain tahu.
biler jumpa dia orang… mak terus cakap..

“lina dah ok kan? kawan2 ajak jalan2 kat pekan teluk intan… nak ikut?”
aku geleng2 pale. aku rasa malu sangat. air mata dah bergenang, pipi naik merah sbb malu teramat2. dengan sebak aku bersuara,

“salah satu sbb yang aku takleh join korang sangat.. pasal kes camni ler. takot ada yang terkejut pastu takleh nak handle.” entah camner yang plak celah,

“takper.. yang ada nih semua gagah perkasa. leh protect. jangan riso. ko pergi bersiap cepat.” pastu aku terus bersiap… dan sebelum kuar aku salam dgn family aku, mintak izin nak kuar. yang buat aku rasa terharu biler semua cakap,

“takper pandot, kami faham keadaan ko. ko camner pun kami sayang ko gak. jangan risau.. kami semua ada kat sini…”

aku tak tau nak gambarkan camner perasaan aku masa tu. kenal kat tenet baru… tak pernah jumpa… tapi terima aku seadanya. lepas tu kami jalan2. tak ke mana sangat pun, pergi kat menara condong je. tu pun dia orang dah excited sangat2. naik ke menara condong tu. ambik gambar banyak2. aku pun pose jelah dgn dia orang. aiman suka sangat dapat tangkap gambar dgn aku. dia kata kak pandot comel sangat. cuma dgn patam je aku tak mo tangkap gambar. dia mintak isteri dia ambik gambar dia dengan aku. aku ejek dia wek! tak mo ambik gambo dgn ko. isteri dia gelak2 je.

pastu kami minum petang kat kedai makan di bandar baru teluk intan. kemudian, dia orang antar aku balik. aku naik keter dgn patam. mmg tensen dgn dia. selamber je mengusik aku. mentang2 isteri dia yang drive. ada je isu nak kenakan aku. sampai aku rasa nak tampar muka dia pun ada gak. tensen aku. aku tahu sangat, dia suka mengusik aku pasal aku suka menjawab.. pastu biler aku kalah aku menjerit2 sampai merah muka aku.

malam tu kami makan sate dan BBQ buatan mak abah. kekeke…. sebelum tu kami solat maghrib jemaah, baca yassin dan solat isyak jemaah. tak semua yang turun masa tu. macan kaki dia sakit (yelah.. kaki dia masuk besi. kalo banyak sangat jalan sakit ler). pastu perempuan uzur syarie. yang tak uzur datang, termasuklah isteri macan, kak ani yang tengah sarat mengandung tu. rasa terharu sangat dia orang sudi gak nak jemaah dgn family aku.

biler tiba masa makan.. dia orang mmg makan sungguh! sonok tengok semua kenyang. aku je tak lalu nak makan… sbb takot kena kaco lagi dgn patam. malam tu patam tak kaco aku sangat macam siang sebelum tu. bengkek pun ada dgn dia. lepas GSK balik je, aku mengadu kat abang2 aku.. apsal makan kat dapur? aku kena usik kaw2 dgn patam… teruk aku kena. ngah plak balas…

“apsal tak kasitau?”
aku plak tak tau camner nak kasitau. aku takot nanti patam kata aku kaki repot dan over acting. dalam masa yang sama aku tak selesa dia kaco aku camtu. ngah kata dia dah agak. pasal tu dia tak bagi aku join tido sekali dgn dia orang kat hotel. dia takot aku kena kaco camtu dgn sesaper.
ish.. patam.. patam. mmg saje nak kenakan aku ek? ko nih mmg.. suka mengaco aku. eeeee… tensen dgn patam.

tepon? dalam room dia bising.. biler jumpa senyap je. aku tegor dia malu2.
kafin? camner ramah dalam room.. camtu gak dia ramah dgn aku kat luar.
aiman? comel dan manje orangnyer.
aus? matang daripada usia sebenar.
aimi? sempoi.. sama macam cf.
yuda? dalam room selamber.. kat luar control.
pooh? aku tengok muka dia yang lawa terus aku plak yang malu nak cakap. hehehe. dalam room senyap, tapi kat luar ramah.
dirra? dalam cf dan luar sama2 ramah.
bad? dalam cf hyper.. kat luar lagi hyper. siap mengurat anak dara macan lagi tu. kesian anak tu.. baru umo 6 tahun dah kena ngurat.
patam? toksah katalah.. camner dalam cf.. kat luar lagi over perangai dia.
macan? abanglong mmg sentiasa tenang dan cool. sesekali buat lawak bodo. pastu dia sonok pasal ada geng ngomong jowo.. dia cakap dgn abah bahasa jawa. hahaha.
zila? kawan baik opah, wakil kepada opah… dan dia merupakan ahli GSK yang baru2 nak berkenalan dgn semua. so.. takleh komen sangat.. sbb tak kenal dia.

hehehe… oklah itulah keadaannya. pertama kali fantasi aku dijelmakan dalam alam nyata. rasa hepi sangat2. ilang semua masalah yang aku alami sepanjang sem nih. rasa sakit, rasa lemah, rasa tak berdaya… semuanya ilang biler ada GSK gath di rumah aku. badan aku dah dicas dengan tenaga baru...sbb…
aku menyedari.. aku terlalu disayangi oleh GSK. sayang korang… love all of you!!! mmmuuuaahsssss!!!!!


TQ
kakPandot diatas entri ini..
http://bdk-uitm-perlis.blog.friendster.com

0 Kritik!! :

Blog Widget by LinkWithin