..:: clickz's ::..

Tuesday, March 10, 2009

GengSeluarKetat - EdisiKhas "Pandot"

entri ini adalah dari blog KakakAngkat ku Pandot(GengSeluarKetat)..
untuk mengenali kakPandot dengan lebih dekat bleh layari blog kakPandot
http://bdk-uitm-perlis.blog.friendster.com


"gath geng seluar ketat - satu kenyataan"

satu perasaan yang sukar aku gambarkan wujud dalam diri aku. aku tak menyangka, hanya menggunakan pengantara komputer, aku mempunyai satu rangkaian persahabatan yang akrab, rapat dan tak terluahkan. aku bersykur kepada Allah s.w.t kerana telah mengangerahkan aku kumpulan sahabat yang sejati.

aku selalu menghadapi tekanan dalam hidup. kadang-kadang masalah tu bukanlah besar mana, cuma aku masih tak mampu nak uruskan tekanan idup aku. maka, aku mula berfantasi di dalam dunia yang aku cipta sendiri, iaitu dalam blog dan juga dalam YM. hidup dalam dunia yang tak pasti, angan-angan yang bukan realiti.

dalam keadaan yang tak terjangkakan, aku terjumpa dengan sekumpulan manusia yang benar-benar ikhlas bersahabat. disebabkan trauma yang aku alami dalam hidup aku, aku terlalu sukar untuk mempercayai sesiapa. tapi dalam keadaan aku tak tahu siapa yang perlu aku percaya, aku temui rakan-rakan geng seluar ketat.

biler aku sebut je geng seluar ketat, ramai yang ingatkan aku nak ubah imej. nak bergaya ranggi dan pakai seluar ketat. (aku pun tak tahu apsal dia orang letak nama geng seluar ketat). walhal pada hakikatnya, di sebalik nama yang agak menyeramkan untuk orang berpesonaliti seperti aku, tetapi timbul di sebaliknya sebuah persahabatan yang penuh dengan warna-warni indah.

sukar melihat sahabat yang sanggup susah senang bersama. sedangkan orang yang ada depan mata pun belum tentu kita boleh mintak tolong. tetapi sahabat yang hanya berlatarbelakangkan skrin komputer dan pengantara YM dan skype, sanggup bersusah payah datang hanya untuk melihat ‘pandot’ ini. siapakah sebenarnya gadis misteri yang agak kerek, berlagak dan sombong dalam room, kuat membebel, suka berdebat dan bagi nasihat tapi kadang2 weng2? siapa dia? tak aku sangka mereka benar-benar ingin mengenali siapa itu norlina alfan yang menyorok di sebalik nama2 di dalam YM ini.

buat macan, terima kasih sbb memperkenalkan aku dengan GSK. dan aku ingin memberi penghargaan kepada semua ahli GSK yang lain:

patam
aimi
kafin
tepon
yuda
dirra
aus
bad
pooh
aiman

dan juga dua orang kawan kami yang tak dapat hadir, opah dan buchuk. terima kasih sebab menemani aku di dalam YM ini. terima kasih atas segala-galanya. aku juga ingin memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran aku pada kata2 dan perlakuan andai ada yang terguris dengan perangai pelik aku tak pun terkena laser dgn aku. (biasaklah kalo tensen… macam2 ler yang pelik2 jadi kat aku. bahananya orang lain yang terasa).
moga persahabatan ini berkekalan…. AMIN…


TQ
kakPandot diatas Entri ini

0 Kritik!! :

Blog Widget by LinkWithin