..:: clickz's ::..

Sunday, June 7, 2009

tOk Janggut '2

norlina alfan said...
June 4, 2009 8:18 PM

sayang aiman.. muah muah!
tak tau sejarah tok janggut ek?
meh sini akak citer.
ok...

erm.. tok janggut adalah pejuang melayu kelantan, yang menentang British. beliau merupakan ulama' yang berjuang atas dasar agama Islam.

malang nasib tok janggut apabila sultan kelantan pada ketika itu terpengaruh dgn hasutan British, dan menuduh tok janggut penderhaka apabila tok janggut membunuh tali barut British.

tok janggut akhirnya mati di tali gantung. mayatnya diarak sekeliling bandar kota bharu sebelum digantung di perkarangan istana sehingga membusuk. kemudian barulah beliau ditanam..

itulah kisah sedih perjuangan tok janggut menentang British di mana beliau tidak dapat sokongan daripada sultan kelantan itu sendiri...


itu la kOmen kakLina a.k.a akakPandot(GSK) mengenai entri tOkjanggut aiman yang lepas. sebenarnya aiman mengaku aiman mmg lemah bab sejarah ni.. eheheh tetapi aiman amat suka dengan sejarah kita samada mendengar, menonton dan mengkaji mengenai sejarah kita dahulu kala .. wahhh gitu.. hehe

okey hari ini aiman bawakan sedikit informasi sejarah mengenai tOkJanggut... sebenarnya saja je laaa ini kerana, sempena malam ini akakPandot aiman tu akan mempersembahkan teater secara monolog dengan tajuk yang sama TokJanggut di pertandingan Festival Teater Perak 2009. Jadi sama2 la kita doakan kejayaan beliau ... amin


Tok Janggut

" Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan
keistimewaanpemimpin tradisional di negeri Kelantan.
Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun,
pokok buah-buahan 3 sensetahun, kelapa
3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil
alih oleh Encik Latiff seorangpegawai takbir British
yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.


Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai
yang terlalu lambatsehingga berlarutan selama tiga hari,
menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai.
Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan)
bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Haji Mat Hassanbin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan
orang-orangnya menuju ke PasirPuteh.
Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.
Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.



Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk
dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas
menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa
terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan
dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa
ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.

Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana,
di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan
di Pasir Pekan. "


Poster Teater TokJanggut hasil karya
SaljuPutih a.k.a kakPandot(GSK)


Kredit Photo TokJanggut : raykinzoku.fotopages.com
Kredit Article TokJanggut : raykinzoku.fotopages.com
Kredit Poster Teater : Pandot
Kredit Photo : Arkib GengSelurKetat2009
Hak Cipta : reality-inmylife.blogspot.com

10 Kritik!! :

  1. Norsyakiela said...

    ermmm,penah jugak dgr psl tok janggut nie...mengingatkan sejarah lame dhulu kala

  2. en_me said...

    sodeyyy kannns.. moga2 negara akan aman damai sejahtera sentiasa .. aminn

  3. Faisal Ambok Liman said...

    aus kagum sgt2 dgn kak pandot..
    dia mempunyai bakat dalam penulisan skrip karya teater..
    x sangka la hehe..

  4. aisyah. said...

    aisyah<<----x minat subjek sjrh tym skola dulu2...haha,.

  5. aisyah. said...

    aisyah<<----x minat subjek sjrh tym skola dulu2...haha,.

  6. aimanhaQimy said...

    yer firsya.. kdg2 tu kita harus toleh kebelakang untuk munasabah kan diri ... wahh gitu..!!! hehehe :)

  7. aimanhaQimy said...

    en_me .. mmg sedey laaa... sejarah sebenarnya mengajar kita erti kehidupan, tapi kita sekrang tak pernah nk menghargai nya.. uhuhuh :(

  8. aimanhaQimy said...

    aua!! sokong!!! hehehe :)

  9. aimanhaQimy said...

    mrsmeme.. same2 laaa.. aiman pun.. ehehhehe :)

  10. mashimaro comel said...

    monolog tok janggut kalah dalam pertandingan FTP09.

    tapi dr shark tak puas hati dengan keputusan juri sbb tiba2 je dia orang kata penyertaan tok janggut disqualify sbb tak ikut format pertandingan.

    dr shark tengah fight karya monolog tok janggut tu kat peringkat kementerian.

    harap2 dapat keputusan yang memberangsangkan pas nih..

    sama2 doa ek?

Blog Widget by LinkWithin