..:: clickz's ::..

Monday, June 1, 2009

tOkJANGGUT


"TOK JANGGUT" Hebat kan Poster tuk teater Monolog ni? begitu simbOlik dan penuh dengan maksud yang mendalam.. sekali pandang memang membuatkan aiman sendiri berfikir.. apakah maksudnya dengan gambar gabungan sebilah keris dipadankan dengan tali gantung tu?? begitu dalam erti tersiratnya... ermm.. aiman rase ini mungkin kesah sejarah nie kan? .. Maaf laaa kawan2 .. aiman nie kalau bab Sejarah memang "LEM-BAB" sikit... sikit jer tau.. uhuhuhuh ...

ok sebenarnya kalau korang nak tahu.. teater ni hasil karya kakak Aiman dari family "GengSeluarKetat" iaitu Salju Putih Aka KakPandot.. aiman pun baru sahaja dapat tahu tadi melalui status kakPandot di YM ... terus aiman PM/BUZZ dengan KakPandot setelah kurang 3bulan tak bertanya khabar kerana sibuk dengan kerja masing-masing ..

aiman nie memang suka dengan seni teater tapi dalam sejarah hidup aiman yang dah masuk ??? tahun nie.. heheh sensor umur gitu.. haahah.. aiman tak pernah berpeluang nak menyaksikan teater, sedey kan? uhuhuh.. pernah satu kesah pahit dulu.. aiman dah pun beli TiKET tuk Teater Muzikal PRAMLEE musim pertama masa Azizah dilakonkan oleh Dato Siti Nurhaliza.. tapi malang memang tak berbau.. aiman tak boleh pergi menyaksikan teater tersebut kerna masalah peribadi yang tak dapat dielakkan.. sedey sangat2.. sampai sekarang aiman menyesal tau bila mengenangkan peristiwa itu .. sebab tak dapat tengok Dato Siti berlakon ... huuhuh... sory.. emosi pulak..

ok berbalik pada Teater TokJanggut ini menurut Salju Putih Aka KakPandot, karya ini ditulis oleh beliau dan diolah semula oleh penyarah beliau iaitu Dr.Shark. Karya Agung ini adalah untuk pertandingan "Festival Teater Perak 2009" yang akan berlangsung pada 7 jun 2009 di Taman Budaya Ipoh, Perak jam 8.30malam.. masuk percuma kerana ini suatu pertandingan.

DR.SHARK sendiri akan melakonkan watak TokJanggut
dalam bentuk monolog


KakPandot ada menjemput aiman menonton Teater tersebut dan beliau juga mungkin hadir menyaksi kan Pertandingan ini, InyaAllah aiman katakan.. dan memang hasrat hati ni memang nak pergi.. tengok la cam ner nanti.. Ok pada sesiapa yang berminat boleh la tonton nya nanti yerk Ahad nie.. sama2 kita meriahkan nya.. hehe :) Promosi gitu..

disini aiman juga mendoakan agar Karya KakPandot ini menang besar dan akan terus melayakkan diri kePeringkat Kebangsaan... amin.... sama2 la kita doakan kejayaan nya yerk.. KakPandot GoOdLuck!!!! eheheh gituu laaa aiman..



Kredit Poster: Pandot
Kredit Photo Dr.Shark : Pandot
Kredit Photo : Arkib GengSelurKetat2009
Hak Cipta : reality-inmylife.blogspot.com

2 Kritik!! :

  1. mashimaro comel said...

    sayang aiman.. muah muah!

    tak tau sejarah tok janggut ek?

    meh sini akak citer.

    ok...

    erm.. tok janggut adalah pejuang melayu kelantan, yang menentang British. beliau merupakan ulama' yang berjuang atas dasar agama Islam.

    malang nasib tok janggut apabila sultan kelantan pada ketika itu terpengaruh dgn hasutan British, dan menuduh tok janggut penderhaka apabila tok janggut membunuh tali barut British.

    tok janggut akhirnya mati di tali gantung. mayatnya diarak sekeliling bandar kota bharu sebelum digantung di perkarangan istana sehingga membusuk. kemudian barulah beliau ditanam..

    itulah kisah sedih perjuangan tok janggut menentang British di mana beliau tidak dapat sokongan daripada sultan kelantan itu sendiri...

  2. aimanhaQimy said...

    alaaa.. kecian nyer.. ni yg x nk dgr sejarah nie.. sedey laaa... :(

Blog Widget by LinkWithin