
hey!! Orang-Orang kampung di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, khazatan, China, Thailand, Jepun, London, Australia, dan seantero Duniaaa.....!!
Ada khabaran Baik yang Beta ingin khabar kan kepada rakyat jelata semua heheheh... Dato`SitiNurhaliza nak bikin KONSERT exclusiVe niii..!! Betul ke nie? Betul laa.. Dato`Siti tak pernah tipu laaa hehehe.. wOww.. best nie.. Hebatt!!!
mmg best!! mmg Hebat!! kalau nak ikut kan dalam sejarah Dato`Siti kalau Beliau mengadakan Konsert mesti dapat sambutan yang Luar Biasa!! orang kata Full House laa.. ataupun SoldOut!! dan Jika menonton konsert Beliau memang tak Rugi beli Tiket, kerana beliau mempersonakan dan memukau!!
kalau kita berada dalam Konsert Beliau memang tak akan perasan masa akan berlalu dengan pantas!! tiba-tiba jer dah habis uhuhuh.. Percaya la cakap aiman.. Dalam sejarah hidup aiman, bila adanya Konsert Siti memang aiman cuba sedaya upaya akan pergi juga.. tapi tak semua aiman dapat pergi uhuhuh sedey..


Aiman pernah menyaksikan Konsert Siti secara LiVE tau.. antaranya ..
Konsert Mega SitiNurhaliza Bukit Jalil 2001, Konsert Salam Terakhir SitiNurhaliza UntukMu Sudir 2002 Istana Budaya, Konsert Fantasia Tour SitiNurhaliza 2004 di Ipoh..
... kalau korang semua nak tahu.. aiman nak citer sikit nie hehe.. tersebut laa kesah ..ahah..
6 tahun lalu... Kenangan Terindah telah pun terpatri dalam diri aiman.. wahhh gituuu..
ini kerana, pada
Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 di IPOH , Aiman adalah di antara Pemenang
"VVIP" untuk
"Peraduan Fantasia Tour Siti Nurhaliza" di Astro dan hadiahnya merupakan
Makan Tengahhari bersama
Siti Nurhaliza dan juga
Bintang-Bintang Akademi Fantasia iaitu
Rosma AdiFashla dan
Sahri.
Dengan kemenangan itu juga, Aiman turut
di undang ke
Konsert Fantasia Tour Siti Nurhaliza 2004 (
Penutup) di Bukit Jalil sebagai tetamu
"VVIP" jugak..
best sgt2..!!!! kerna dapat duduk depan pentas lagi!!
memang Kenangan Terindah yang tak dapat aiman lupakan sampai bila-bila.. Terima Kasih pada yang maha ESA kerna telah menghadiahkan ini pada Aiman.. Impian menjadi kenyataan..!!!

ada juga aiman mengikuti Konsert Siti Nurhaliza untuk siaran
Televisyen antaranya
Konsert Studio Satu untuk Astro,
Konsert Fenomena SitiNurhaliza&Apek, Konsert AidilFitri SitiNurhaliza, zOOM in bersama SitiNurhaliza ketiga-tiganya untuk siaran RTM,
selepas itu ada juga aiman mengikuti
Karnival Jom Heboh TV3 aiman pergi pun sebab ada Siti Nurhaliza kalau tak .. tak de makne nya aiman nak pergi bukan ape Jom Heboh nie Best sangat-sangat tau kerna Best laa sampai orang dia berlemon- lemon ... tu yang malas tue.. nak pergi .. sesak sgt2..!!!!

....ermm Berita Terbaru yang Dato Siti nak mengadakan Konsert Solo memang amat dinanti-nantikan terutamanya Aiman dan Para Peminat beliau. memang gembira suka dan tak sabar2 nie....
Semalam aiman dah pun caling-caling sahabat2 aiman yang sama-sama mengemari Dato Siti nie.. semua nya Excited nak pergi ni.. semuanya macam
HiSTERiA aaarrgghhhhh.. Best tau!! pasti
MalatOp nie.. hehehe... family aiman pun macam nak pergi jugak nie.. wahh cam ner nie..
SERANGGG SiTi !!! ehhehe... Siti Beware!! hahahah...
masing-masing tak nak melepaskan peluang nie.. sape nak Join aiman Jom laa heheh kita leh jper kat sana nanti.. WAHHH mesti meriah nie...!!! tapi aiman tak pilih lagi tarikh !!! Bila yang sesuai... !! aiman kena tengok jadual aiman dulu hehehe.. wah gituuu.. ape2pun nanti aiman akan beritahu kelak yek heheh..
harap-harap tak ada la aral yang melintang nie .. amin ya ra'bal alamin..


20 Mei 2009 di perkarangan Istana Budaya, Dato Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasminya yang beliau akan mengadakan Konsert Solo terbaru yang diberi nama
"Konsert Satu" yang akan berlangsung di
Istana Budaya.
Konsert Satu, ini dikatakan akan menjanjikan yang terbaik untuk tatapan semua peminat pada
26-28 Jun 2009 depan. Dato Siti menggambarkan persembahannya kelak sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.
Kata Siti dalam konsert itu dia akan mendendangkan sekirang-kurangnya 30 buah lagu termasuk sebahagian lagu dalam album terbarunya, Lantera Timur. Konsert itu akan mengenengahkan
Pat Ibrahim sebagai Pengarah Konsert dan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.
Tiket kini sudah mula dijual dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Ia boleh didapati di kaunter tiket IB, Triways Travel & Tours (KLCC & Taman Tun Dr. Ismail), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di Level 1, Plaza Sentral Shah Alam , Pasar Awam Presint 16, Putrajaya serta Ticket Charge, Signature Office Suite, The Boulevard, Midvalley, KL. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan di talian 03-41498600 (Isnin - Jumaat, jam 9 pagi - 6 petang).

Kredit Photo: kOleksi Peribadi aimanhaQimy,
mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti
Kredit Sumber Article: murai, mstar, sultanmuzaffar, sensasiselebriti