..:: clickz's ::..

Sunday, May 3, 2009

jutawan shah indrawan VS tOMOK

Tahniah kepada Tomok kerana telah berjaya bergelar jutawan OIAM musim ketiga. Ini menjadikan Tomok adalah juara lelaki pertama OIAM sepanjang musim.

JUTAWAN OIAM… Tomok melakar sejarah menjadi pemenang lelaki pertama.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir’ telah berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam dengan peratusan undian paling tinggi sebanyak 39.3%.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali’ apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.


KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam. Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

TIGA FINALIS OIAM …(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

“Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam. Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).



kredit Article : mstar, budiey
kredit photo : mstar
kredit video : youtube

2 Kritik!! :

  1. Anonymous said...

    sy suke bliaw!

  2. f said...

    saya pun suke

    ;P

Blog Widget by LinkWithin